Followers

Monday, July 12, 2010

TOTE BAG BABY LOVE

Pada hari Sabtu minggu lepas DJ sempat siapkan sepasang bag untuk dihadiahkan kepada Fahim (cucu saudara). Bag yang disiapkan ini sama dengan bag yang biasa DJ buatkan dan postkan sebelum ini. Beza bag Fahim ini adalah pada saiznya sahaja yang mana DJ telah buatkan saiz yang besar sedikit daripada biasa sesuai dengan kegunaan mamanya untuk isi pakaian dan yang kecil sedikit tu untuk pergi ke tempat yang dekat atau senang kata di taman,,,,,Bahagian dalam bag ini DJ buatkan satu poket terbuka dan satu lagi poket berzip,,,bahagian dalam juga DJ alaskan dengan kain kosong untuk nampak lebih kemas,,,ditengah-tengah antara kain luar dan kain dalam DJ lekatkan kain gam tebal untuk menegakkan bag tersebut,,,,,semoga adik Fahim dan mamanya gembira dengan bag ini...corak kain ini paling digemari oleh kebanyakan mereka yang menempah bag...pada asalnya DJ belikan kain ini untuk dijadikan cadar bagi kegunaan sendiri,,,tapi rasanya dah tak cukup untuk cadar lagi...nanti kalau ada lagi corak yang sama DJ akan sapulah ye,,,,kainnya masih ada berbaki lagi,,,mungkin boleh dibuat saprah atau bag untuk DJ sendiri,,,,,hehehe harap-harap impan akan jadi kenyataan,,,,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...