Followers

Showing posts with label Saprah. Show all posts
Showing posts with label Saprah. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

SULAMAN SEPRAH LAGI,,,,

Salam sejahtera,,,,sulaman seprah lagi,,,,kali nie masih menggunakan corak kain yang sama dengan sebelum ini,,,,atas permintaan tuan punya seprah,,,amat menarik katanya dengan bunga ros kecil berkuntum-kuntum....corak kain ini DJ sempat beli hampir 10 meter, kedai biasa tempat DJ lepak-lepak memilih kain,,,,mana lagi kalau bukan kedai kain NAGOYA,,,pekerja di kedai kain tu dah kenal betul dengan DJ,,,,kadang-kadang tu sempat berbual tentang sulaman dan jahitan lagi....berbalik semula pada seprah nie,,,,sulaman bunga dipenghujung dua sudut DJ gunakan bunga ros yang telah banyak DJ gunakan untuk sulaman di baju dan juga seprah sebelum ini,,,,apa-apa pun meh kita layan gambar-gambar nie....

Tepi kain kosong turut disulam bunga simple menggunakan mesin khas sulaman corak simple....

Pandangan dekat,,,,,corak bunga yang disusun pada baju sebelum ini

Tuesday, October 5, 2010

KAIN SEPRAH

Kali nie,,, DJ ingin berkongsi 2 corak kain yang telah DJ beli untuk dibuat seprah. Telah ditempah oleh sahabat DJ, juga untuk koleksi DJ sendiri,,,,namun begitu apabila dua orang lagi sahabat DJ inginkan corak kain yang sama....maka kain yang DJ ada terpaksa dibahagi untuk 3 orang,,,,,harap-harap semuanya berpuas hati dan gembira dengan hasil kerjatangan DJ,,,,terima kasih sahabatku kerana sentiasa memberi sokongan,,,,,


Gabungan dua warna kain untuk dijadikan seprah,,,,untuk sahabat DJ dan untuk koleksi DJ sendiri,,,,harap2 seprah kali nie tak terkorban lagi,,,,,


Seprah untuk Cikgu Aini,,,,bila naik rumah baru nanti bolehlah gunakannya yee,,,,hamparan buat tetamu istimewa....

Friday, July 9, 2010

SULAMAN SAPRAH BIRU

Salam sejahtera buat semua tetamu. Terima kasih atas kunjungan anda semua sebagai tetamu DJ. Pada hari ini DJ ingin berkongsi cerita tentang seprah biru. Saprah ini dibuat untuk tempahan daripada adik seorang rakan sekolah DJ. Corak sulaman dan warna seprah ini telah disiapkan mengikut kehendak tuannya. Saprah ini telah selamat sampai ke tangan tuannya dan diharap berpuas hati dengan hasil kerja tangan DJ. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada DJ untuk menyiapkannya....

Saturday, June 19, 2010

KERANA SEORANG SAHABAT

Salam berkunjung kepada semua tetamu. Kerana seorang sahabat maka siaplah 2 helai seprah Istimewa yang telah tertangguh jahitannya selama hampir setahun. Pada mulanya seprah ini DJ potong kainnya untuk kegunaan rumah DJ sendiri yang mana padanan bunga tepi dikain seprah hampir sama dengan set kerusi makan, lapik pinggan makan dan juga set pinggan makan kat rumah DJ. Seprah nie juga asalnya akan digunakan untuk pertandingan memasak murid-murid sekolah DJ nanti. Namun dek kerana kesuntukan masa DJ lenggahkan untuk siapkannya. Oleh kerana panggilan telefon rakan menjemput ke kenduri menduduki rumah barunya membuatkan DJ termenung panjang apa yang patut dihadiahkan sebagai tanda kenangan untuknya. Fikir punya fikir teringatlah seprah yang hanya dipotong sahaja tetapi belum jahit lagi,,,maka dalam masa 4 jam siaplah hadiah istimewa ini untuk seorang sahabat yang pernah belajar bersama suatu masa dahulu(DJ lebih suka hadiahkan hasil kerja tangan sendiri) ,,,,,untuk kegunaan dirumah DJ, akan DJ usahakan untuk mendapatkan bunga kain tepinya hampir sama dengan bunga seprah istimewa ini,,,,,, harap Cikgu Aini menyukainya sebagai tanda ingatan sepanjang hayat,,,,,,Tahniah dan syukur padaNYA kerana telah berjaya memiliki rumah idaman,,,,,

Seprah Istimewa untuk seorang yang bernama sahabat

Pandangan antara 2 penjuru yang berbeza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...