Followers

Showing posts with label Sulaman. Show all posts
Showing posts with label Sulaman. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

SULAMAN BUNGA ROS

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kembali bersua menyulam dan menjahit sempena cuti sekolah merangkap cuti semester.....tidak ada cerita panjang, sekadar ingin berkongsi sulaman dan jahitan yang telah disiapkan.....


Tuesday, March 22, 2011

SULAMAN BAJU

Salam sejahtera dan terima kasih buat para sahabat yang sudi bertamu di teratak DJ ini....terima kasih juga DJ ucapkan kepada sahabat atau rakan yang sudi memberi maklum balas untuk kebaikan bersama dari semasa ke semasa. Lama jugak rasanya teratak DJ ini tidak dihidangkan dengan cerita-cerita tentang dunia jahitan dan sulaman. Pada kesempatan yang ada kali ini DJ ingin berkongsi beberapa hasil sulaman yang telah DJ siapkan baru-baru ini dan telah selamat berada ditangan tuan empunya...


Sulaman di kedua-dua lengan dan bawah hadapan baju RM 28.00


Sulaman tudung DJ buatkan khas untuk dihadiahkan kepada seseorang.....so harganya......???


Sulaman hadapan baju sahaja dari bawah hingga paras dada....harganya RM 40.00

Sunday, March 13, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

Salam sejahtera semua.......masa yang ada hari nie DJ ingin berkongsi satu lagi sulaman tuala untuk pengantin baru.......kepada sesiapa yang berminat boleh lawati Facebook DJ........norhanisah1997@gmail.com.........terima kasih





Tuesday, January 25, 2011

SULAMAN JARI HANTU

Salam sejahtera buat semua para tamu yang dirahmati. Terima kasih diucapkan kepada semua para tamu yang sudi berkunjung,,,,,,mohon maaf kepada semua andainya ada sesetengah ejaan yang kurang tepat ejaannya dan terima kasih kepada yang sudi menegur....memang DJ akui sesetengah ejaan banyak terikut bahasa percakapan harian,,,,,,insyallah akan diingati untuk hari-hari seterusnya.....entri kali ini DJ ingin berkongsi salah satu koleksi sulaman jari hantu yang telah DJ siapkan untuk tempahan .....jom sama-sama kita lihat,,,,,,,,,,,


Sulaman bahagian keliling baju


Sulaman keliling baju dan lengan

Tuesday, November 16, 2010

UCAPAN YANG TERTANGGUH......

Salam bertamu buat semua,,,,apa yang dimaksudkan dengan ucapan yang tertangguh itu???Sejak akhir - akhir ini DJ banyak menerima tempahan daripada pegantin lama yang inginkan disulam nama dan tarikh perkahwinannya,,,,terutama tempahan daripada sanak saudara terdekat,,,,apa-apa pun agar ucapan tertangguh yang telah disiapkan dapat memuaskan hati mereka semua,,,,mari sama-sama kita lihat ucapan kali ini untuk Pn. Nobaizura dan suaminya Nasron Minallah yang melangsungkan perkahwinan pada tahun 2007 yang lepas,,,,tak mengapa,,,,yang penting kebahagian berpanjangan,,,,



Sunday, November 7, 2010

SULAMAN TUALA

Salam sejahtera,,,,kesempatan yang ada pada kali ini DJ ingin berkongsi sulaman tuala yang telah DJ siapkan beberapa hari yang lalu,,,suamannya biasa sahaja seperti sulaman sebelum ini untuk dihadiah kepada seseorang juga tempahan dari rakan-rakan,,,,,sulaman kali ini DJ gunakan sulaman bunga yang DJ baru dapatkan dari Internet seta sulaman huruf2 jawi,,,,jom sama-sama tengok gambarnya,,,,,,






Tuesday, October 19, 2010

BELUM TENTU SIAP JADI BAJU DJ

Salam Sejahtera,,,tiada apa yang hendak dicoletehkan,,,sekadar ingin berkongsi satu lagi corak sulaman jari hantu yang baru disiapkan minggu lepas,,,,baju nie pada asalnya kain DJ belikan untuk DJ sendiri,,,,tapi biasala kalau DJ beli kain belum tentu bila siap nanti jadi baju DJ,,,,tup2 jadi baju orang lain,,,,saja bagi hadiah kepada anak penjaga anak DJ,,,Amalin,,,,,sulaman nie DJ telah ubahsuai sedikit daripada corak asal,,,,atas permintaan tuan punya baju,,,biar nampak simple katanya,,,,so ginila jadinya,,,,,,
Sulaman Jari Hantu Koleksi Corak 18

Sunday, October 17, 2010

SULAMAN KERAWANG

Salam 1 Malaysia....hari ini DJ ingin berkongsi tentang sulaman kerawang yang DJ siapkan baru-baru ini...kira baju lepas raya lah tu kerana baju raya hari tu tak sempat disiapkan,,,sulamannya keliling bawah baju dan kedua-dua belah tangan,,,,sesiapa yang berminat boleh hubungi DJ melalui email,,,,,,jumpa lagi


Pandangan keliling baju dan keliling kedua-dua belah lengan


Pandangan dekat

Tuesday, October 12, 2010

KEMBALI KEPADA CERITA SULAMAN

Salam penuh kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk meneruskan penulisan di blog DJ,,,kesempatan yang ada pada hari ini DJ ingin berkongsi sepasang lagi baju Cikgu Halina yang telah disulam oleh DJ baru-baru ini,,,,baju ini ditempah sedondong dengan anak perempuannya (DJ telah postkan gambar sebelum ini)....Corak sulaman sama dengan anaknya tetapi susun atur sedikit berbeza,,,,,Hampir seminggu juga DJ bertungkus lumus menyiapkan baju Cikgu Halina dan anak perempuannya Erin,,,,semoga Cikgu Halina dan anaknya bergaya di hari raya baru-baru ini,,,apa-apa pun terima kasih atas sokongan padu yang diberikan selama ini,,,,,


Corak sulaman di kedua-dua belah lengan baju


Pandangan keseluruhan baju yang dipenuhi dengan sulaman bunga-bungaan

Saturday, October 9, 2010

SULAMAN BUNGA-BUNGAAN LAGI

Selamat bertamu...DJ ingin berkongsi baju anak kepada rakan satu sekolah dengan DJ yang mesra dengan panggilan Errin,,,anak perempuan tunggal Cikgu Halina...susun atur dan corak sulaman dipilih oleh DJ sendiri termasuk jua pemilihan warna bunga mengikut warna kain baju tersebut petak-petak biru dan oren,,,,oleh itu DJ samakan warna bunga dengan corak bunga bunga oren tua....kehendak Cikgu Halina sendiri,,,katanya 'buatlah macammana sekalipun asalkan cantik". Baju nie DJ sulam dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri,,,,,baju nie sedondong dengan ibunya,,,,,nanti ada masa DJ akan masukkan baju ibunya pula corak yang sama tetapi susun aturnya sedikit beza,,,,tunggu

Pandangan hadapan keseluruhan baju

Fokus dekat -Sulaman hadapan baju bahagian bawah

Fokus dekat - Sulaman di lengan baju

Fokus dekat, sulaman corak bunga di tepi leher

Tuesday, October 5, 2010

BUAT SAHABAT YANG DISAYANGI

Selamat Bertamu Buat semua,,,,DJ paparkan beberapa sulaman tuala yang DJ hadiahkan untuk teman-teman atau sahabat DJ yang melansungkan perkahwinan serta mendapat baby,,,,,
Sulamannya simple sahaja,,,,maklumlah kenkangan masa yang DJ ada terbatas untuk membuatnya......Kepada semua sahabat dan saudara semua DJ doakan semoga kalian semua bahagia dan diberkati olehNYA selalu....Amin... Jom sama-sama kita layan gambar nie yeeeeee,,,,,


Tuala nie dihadiahkan kepada adik kepada adik ipar DJ yang melangsungkan perkahwinan
baru-baru ini,,,,


Ini pula sulaman untuk sahabat satu sekolah dengan DJ yang juga melangsungkan perkahwinan pada Julai lepas tetapi hadiahnya sahaja yang baru diberi ,,,,maafnya Ros ,,,,,semoga berbahagia hendaknya,,,,


Sulaman untuk sahabat DJ yang baru menimbang cahaya mata.....


Sulaman untuk saudara terdekat suami yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ini


Sulaman untuk anak sepupu DJ yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya,,,,

Monday, October 4, 2010

SULAMAN JARI HANTU

Salam Kembali Terjalin,,,Hari nie DJ ingin paparkan dua pasang baju yang telah ditempah oleh sahabat DJ baru-baru ini,,,,Sulaman Jari Hantu kata kebanyakan orang yang memberi gelaran kepada sulaman jenis ini ....Sulaman dikedua-dua baju ini telah DJ ubah suai sedikit mengikut kehendak tuanpunya baju,,,,,jom sama-sama kita lihat,,,,,

Antara koleksi Sulaman Jari Hantu yang DJ telah siapkan untuk 2 orang adik beradik.....
Kedua-dua bajunya disiapkan selepas Sambutan Aidilfitri kerana tuannya memahami dengan kesuntukan masa yang DJ ada sebelum Hari Raya,,,,Terima kasih Kak La kerana sudi memahami masa yang DJ miliki,,,,,

Monday, August 23, 2010

MASIH DENGAN SULAMAN BAJU

Salam Ukhwah buat semua tetamu...masih dengan sulaman baju lagi, maklumlah musim perayaan katakan...Disini giliran baju anak kawan DJ pula yang omenghiasi teratak DJ ini....Corak sulaman sama dengan beberapa helai baju sebelum ini kerana tuan punya baju berminat dengan corak sulaman ini,,,DJ ikut saja kehendak pelanggan, biar mereka puas hati dengan pilihan mereka sendiri,,,warna bunga DJ gunakan hitam kerana ianya berpadanan dengan warna kainnya bercorak hitam,,,baju ini telah selamat berada ditangan tuannya,,,,dengan harapan semoga berpuas hati dengan hasil tangan DJ,,,,,terima kasih kerana mempercayai DJ untuk menyiapkan sulaman tersebut,,,,,,,,,,,,,



Thursday, August 19, 2010

SULAMAN BAJU

Salam Ramadhan,,,lamanya tak update blog nie,,,DJ sibuk sikit dengan kerja-kerja sulaman dan jahitan yang diperlukan sebelum akhir ramadhan,,,,walau apa pun kerja-kerja akan dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan,,,, pada entri kali ini DJ ingin berkongsi sehelai baju yang telah disulam oleh DJ untuk Cikgu T,,,sulaman kali ini DJ buatkan ditangan sahaja atas permintaan, warna bunga mengikut warna kain baju tersebut ....sulaman bunganya juga simple atas permintaan,,,,baju nie telah selamat diserahkan kepada tuanya,,,,semoga berpuas hati dengan hasil kerja tangan DJ,,,terima kasih Cikgu T atas sokongan,,,,
Layan gambar nie yeeeee,,,,,,,,,,,,,

Tuesday, August 10, 2010

Salam semua,,,,,DJ sekadar postkan contoh sulaman yang boleh disulam atas tuala,,,,
layan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,gambar yang tak seberapa ini,,,,,,,,,,,,




SULAMAN BAJU

Salam sejahtera buat semua,,,DJ ingin kongsi kerjatangan yang telah DJ siapkan dua minggu lepas dan baju ini telah selamat diserahkan kepada tuannya,,,yang berada di Kedah, anak saudara kepada rakan guru di sekolah DJ,,,pilihan dan susun atur bunga mengikut citarasa DJ sendiri atas kepercayaan tuan baju juga,,,,,bunga -bunga yang disulam pada hadapan baju dan lengan adalah hasil ubah suai bunga yang terdapat dalam koleksi Epal,,,harap-harap tuan punya baju berpuashati dan dapat merayakannya dengan penuh kegembiraan,,,,katanya baju untuk raya tahun 2010,,,awalnya baju raya dia siap,,,,DJ punya baju,,,,kainnya masih tersimpan dengan elok dalam plastik,,,,entah bila siap tak ada jawapannya,,,,biasalah tukang jahit,,,,


Sulaman pada hadapan baju dan kedua-dua belah lenggan,,,,


Pandangan sulaman hadapan baju,,,coraknya DJ susun ikut penjuru baju,,,pilihan warna bunga mengikut warna corak kain baju tersebut


Sulaman bunga pada hadapan dan belakang baju (keliling) serta kedua-dua belah lenggan,,,pilihan warna bunga ikut warna kain baju tersebut

Monday, August 9, 2010

SULAMAN BUNGA-BUNGAAN


Salam ukhwah semua tetamu,,,,kali ini tidak ada apa yang hendak dikatakan hanya sekadar ingin berkongsi ideal dan kreativiti yang telah disiapkan untuk tempahan seorang sahabat DJ,,,baju raya anak perempuan tunggalnya,,,,corak dan susun atur bunga atas kreativiti DJ sendiri,,,,,DJ telah mengubah suai bunga yang ada menjadi lebih menarik seperti gambar dibawah,,,,terima kasih Cikgu Halina kerana memberi kepercayaan kepada DJ untuk mengatur serta menghias baju anak perempuannya,,,,,


Wednesday, August 4, 2010

SULAMAN TUDUNG


Salam 1Malaysia,,,buat semua para tetamu,,,kali nie DJ ingin sekali lagi berkongsi tudung bawal yang telah disulam dengan sulaman bunga penuh,,,tudung nie disulam semasa dalam proses belajar menyulam suatu ketika dulu,,,tudung milik koleksi DJ sendiri,,,bagi yang berminat boleh hubungi DJ melalui email,,,,terima kasih

Monday, August 2, 2010

Cerita Alas Meja Bersulam

Selamat berkunjung ke teratak DJ...kali nie giliran DJ nak kongsi alas meja makan pulak,,,alas meja nie kepunyaan sahabat satu sekolah dengan DJ,,,,saiznya agak besar jugak walaupun untuk kerusi 6, tapi DJ labuhkan sedikit,,,,bahagian tepi DJ jahitkan renda yang sedondong dengan warna kain,,,,pilihan bunga sulam dan warna atas kehendak tuan punya,,,,,cuma DJ tambahkan sedikit apa yang patut agar nampak lebih menarik,,,,telah diserahkan kepada tuannya dan mungkin akan digunakan untuk menyambut Aidilfitri tahun ini,,,,,Jom kita tengok,,,,

Saturday, July 31, 2010

SULAMAN SILANG PANGKAH BUNGA-BUNGAAN


Salam ukhwah buat semua....Kali ini DJ ingin berkongsi sulaman silang pangkah yang telah disiapkan untuk tempahan sahabat DJ pada asalnya,,,tetapi kerana berkenan dengan bungannya terus DJ buatkan untuk diri sendiri,,,,pengalaman menyulam bunga ini amat rumit sekali kerana ianya memerlukan lebih daripada 5 warna benang serta memerlukan ideal untuk mengabungkan bunga dan juga daun agar menjadi seperti yang tertera dalam gambar tersebut,,,,oleh kerana minat punya pasal,,,,DJ sanggup,,,,Baju ini disulam bersama-sama dengan tudung,,,sedondong lagi,,,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...