Followers

Sunday, July 11, 2010

SEJADAH PUTIH BERENDA

Salam ukhwah buat semua tetamu. Pada kali ini DJ ingin berkongsi dua helai sejadah putih berenda yang telah DJ siapkan sepanjang minggu lepas untuk tempahan rakan sekolah DJ iaitu Cikgu Aini dan Lin. Saiz sejadah ini sama dengan saiz sejadah yang ada dipasaran. Saiz dan corak jahitan kedua-dua helai sejadah ini sama sahaja kecuali ianya berbeza pada renda ditepi sejadah itu sahaja. Sejadah kepunyaan Aini rendanya simple sahaja manakala untuk Lin rendanya rapat dan dua lapis. Kain lapisan dibelakang sejadah juga sedikit berbeza dimana Aini kainnya tetap sama seperti dibahagian diatas iaitu putih manakala kain belakang untuk Lin berwarna biru (atas permintaan). Kepada Aini tempahan untuk satu lagi sejadah akan DJ siapkan sebelum Aidilfitri,,,,insyaallah,,,,semogakedua-dua rakan DJ berpuas hati dengan hasil kerjatangan DJ ini,,,,


Sejadah berenda khas untuk Aini dan Lin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...