Followers

Wednesday, July 7, 2010

Salam blogger buat semua tetamu. Disini DJ ingin berkongsi beberapa bag atau 'simple pencil box' yang telah disiapkan untuk tempahan rakan anak saudara dan juga rakan anak DJ. Bag ini simple saja mengikut kehendak tuanpunya tempahan dan sesuai untuk simpan peralatan sekolah(alatulis) atau mekap atau apa-apa saja mengikut gerak hati tuan punya bag.
Semoga penerima bag ini gembira dengan hasil kerja tangan DJ. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada DJ untuk mengembangkan bakat yang sedikit ini,,,,,Jumpa lagi,,,Bagi mereka yang berminat boleh hubungi DJ untuk makluman seterusnya,,,,


Tempahan dari rakan anak saudara yang berada di Besut Terengganu,,,Asalnya DJ buatkan untuk anak saudara DJ (Along) ,,,,Biasalah kanak-kanak bila melihat sesuatu yang menarik terus ditempah untuknya juga,,,,terima kasih Along kerana tolong promosi hasil kerja tangan DJ,,,


Tempahan dari rakan sekolah anak DJ - SKSI 1 KB,,,hampir separuh rakan dalam kelasnya memiliki kotak pensil yang sama (dulu tak snap gambar baru le nie yang ada snap gambarnya,,,semenjak ada blog sendirilah katakan hehehe),,,,terima kasih semua,,,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...