Salam penuh keceriaan buat semua tetamu. Moga kalian gembira dan sihat hendaknya. Kali ini DJ bukan nak berkongsi tentang hasil jahitan atau sulaman tapi tentang sibuknya DJ buat masa le ni dengan perkhemahan di sekolah tempat DJ mengajar. Untuk makluman semua bermula hari Isnin hingga Ahad ini DJ memberi cuti kepada semua mesin jahit DJ kerana DJ terlalu sibuk menguruskan perkhemahan murid-murid DJ di sekolah. Dah dua hari berturut-turut sampai rumah jam 7.00 petang kerana sibuk melatih murid memasak untuk acara pertandingan memasak semasa perkhemahan nanti iaitu hari Khamis hingga Sabtu ni. Biasalah murid sekolah rendah walaupun sekadar masak nasi putih dan ikan sardin, cikgu tetap kena bimbing, bimbing dan bimbing,,,mana boleh lepas tangan suruh mereka buat sendiri,,,tak mungkin menjadi kalau tanpa bimbingan ....agak mencabar jugak kali nie kerana mereka memasak dengan menggunakan dapur kayu,,,,huh nak hidupkan api bukan main susah lagi sampai keluar air mata kepedihan,,,,kesian pulak tengok mereka ,,,tapi gembira kerana mereka semua bersemangat dan bersungguh-sungguh,,, moga-moga mereka semua gembira dan mendapat pengajaran dan pelajaran daripada apa yang ditunjuk ajarkan kepada mereka,,,maaflah gambarpun tak sempat nak upload,,,,nanti bila selesai perkhemahan DJ akan uploadkan sebagai tanda ingatan sepanjang masa,,,,,selamat berkhemah wahai murid-muridku,,,,,,
Followers
Wednesday, July 14, 2010
Monday, July 12, 2010
TOTE BAG BABY LOVE
Pada hari Sabtu minggu lepas DJ sempat siapkan sepasang bag untuk dihadiahkan kepada Fahim (cucu saudara). Bag yang disiapkan ini sama dengan bag yang biasa DJ buatkan dan postkan sebelum ini. Beza bag Fahim ini adalah pada saiznya sahaja yang mana DJ telah buatkan saiz yang besar sedikit daripada biasa sesuai dengan kegunaan mamanya untuk isi pakaian dan yang kecil sedikit tu untuk pergi ke tempat yang dekat atau senang kata di taman,,,,,Bahagian dalam bag ini DJ buatkan satu poket terbuka dan satu lagi poket berzip,,,bahagian dalam juga DJ alaskan dengan kain kosong untuk nampak lebih kemas,,,ditengah-tengah antara kain luar dan kain dalam DJ lekatkan kain gam tebal untuk menegakkan bag tersebut,,,,,semoga adik Fahim dan mamanya gembira dengan bag ini...corak kain ini paling digemari oleh kebanyakan mereka yang menempah bag...pada asalnya DJ belikan kain ini untuk dijadikan cadar bagi kegunaan sendiri,,,tapi rasanya dah tak cukup untuk cadar lagi...nanti kalau ada lagi corak yang sama DJ akan sapulah ye,,,,kainnya masih ada berbaki lagi,,,mungkin boleh dibuat saprah atau bag untuk DJ sendiri,,,,,hehehe harap-harap impan akan jadi kenyataan,,,,
Sunday, July 11, 2010
TUDUNG BERSULAM ROSE
SALAM SEMUA. DJ ingin berkongsi dua helai tudung kepunyaan Ustazah disekolah DJ. Tudung bawal segiempat ini bersaiz besar. DJ sulamkan koleksi bunga ros di belakang dan keliling tudung hingga penghujung tudung. Susun atur dan pemilihan warna mengikut idea DJ sendiri atas permintaan tuan punya tudung....terima kasih KNa kerana memberi sokongan kepada DJ untuk mengembangkan bakat yang sedikit ini....
SEJADAH PUTIH BERENDA
Salam ukhwah buat semua tetamu. Pada kali ini DJ ingin berkongsi dua helai sejadah putih berenda yang telah DJ siapkan sepanjang minggu lepas untuk tempahan rakan sekolah DJ iaitu Cikgu Aini dan Lin. Saiz sejadah ini sama dengan saiz sejadah yang ada dipasaran. Saiz dan corak jahitan kedua-dua helai sejadah ini sama sahaja kecuali ianya berbeza pada renda ditepi sejadah itu sahaja. Sejadah kepunyaan Aini rendanya simple sahaja manakala untuk Lin rendanya rapat dan dua lapis. Kain lapisan dibelakang sejadah juga sedikit berbeza dimana Aini kainnya tetap sama seperti dibahagian diatas iaitu putih manakala kain belakang untuk Lin berwarna biru (atas permintaan). Kepada Aini tempahan untuk satu lagi sejadah akan DJ siapkan sebelum Aidilfitri,,,,insyaallah,,,,semogakedua-dua rakan DJ berpuas hati dengan hasil kerjatangan DJ ini,,,,
Sejadah berenda khas untuk Aini dan Lin
Friday, July 9, 2010
CERITA SULAMAN LAGI
Salam semua. DJ ingin berkongsi sulaman silang pangkah dan sulaman biasa dengan gabungan yang menarik sekali,,,Kedua-dua pasang baju ini adalah milik sahabat DJ Cikgu Salmani,,,merupakan pelanggan tetap DJ dari mula-mula DJ berjinak dalam dunia sulaman dan jahitan sehinggalah kini,,,,
Katanya dia mahukan sulaman baju, tudung dan kain berbeza dengan yang dijual di kedai,,,eklusif,,,,
Baju ini telah DJ postkan sebelum ini,,,cuma gambar tudung sahaja DJ baru jumpa ...Tudung, baju dan kain DJ sulam menggunakan corak silang pangkah,,,susunan serta gabungan bunga mengikut idea DJ sendiri,,,,Moga sipemakainya berpuas hati dengan sorak sulaman ini,,,
Sulaman silang pangkah digabungkan dengan sulaman biasa. Susun atur bunga di baju dan tudung mengikut idea DJ atas permintaan sahabat DJ yang hanya menghantar baju sahaja, yang lain-lain diserahkan kepada DJ 100% sehingga pemilihan tudung pun DJ yang pilih,,,terima kasih Cikgu Salmani atas kepercayaan kepada DJ
SULAMAN SAPRAH BIRU
Salam sejahtera buat semua tetamu. Terima kasih atas kunjungan anda semua sebagai tetamu DJ. Pada hari ini DJ ingin berkongsi cerita tentang seprah biru. Saprah ini dibuat untuk tempahan daripada adik seorang rakan sekolah DJ. Corak sulaman dan warna seprah ini telah disiapkan mengikut kehendak tuannya. Saprah ini telah selamat sampai ke tangan tuannya dan diharap berpuas hati dengan hasil kerja tangan DJ. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada DJ untuk menyiapkannya....
Wednesday, July 7, 2010
LOVE MUM
Salam Ziarah semua. Pada kali ini DJ ingin berkongsi bag yang telah diserahkan kepada tuannya pada hari ini. Bag ini telah ditempah oleh seorang guru di sekolah DJ untuk dihadiahkan kepada bonda tercinta. Mudah untuk bawa beberapa alatan keperluan diri semasa pergi membuat rawatan kesihatan di hospital atau klinik,,,katanya,,,moga bonda Cikgu Hazlina gembira dengan hadiah yang diberikan olehnya....Pada entri kali ini juga DJ cuba belajar edit gambar dengan Cikgu Anis,,,seronok rasanya dapat ilmu baru hehehe,,,Terima kasih Cikgu,,,,Sesungguhnya dalam kehidupan ini kita sentiasa belajar walau dalam apa jua ilmu,,,moga ilmu yang ada sentiasa mendapat keberkatan dariNYA selalu...
Bag untuk Mum tersayang...
Belajar edit gambar...Terima kasih Cikgu Anis,,,
Gambar original,,,,
Subscribe to:
Posts (Atom)








