Salam sejahtera buat semua tamu yang sudi berkunjung ke teratak yang tidak seberapa ini.......Hari nie DJ rasa amat bersyukur dan gembira sekali walaupun badan teramat penat dan letih....apa tak gembiranya sehari suntuk bermula 7.00 pagi hingga 7.00 petang bertungkus lumus menyiapkan bag yang my hubby bagi nama 'bag buyung' tanpa ada panduan atau tutoriol.....sebenarnya dah lama benar DJ berkenan bag nie......tapi tak berani mencuba takut tak menjadi,,,,,,,,tapi entah kenapa semasa asyik melayari internet tiba2 DJ ternampak gambar bag nie....tapi toturiolnya tak de,,,,DJ cuba print gambarnya dan dalam hati bertekad aku akan buat jugak beg nie walau apapun yang bakal terjadi,,,,dalam kepala dah sedia untuk kena gelak kat hubby.......DJ tak tahu macam mana bentuk asal dalaman bag....DJ seja2 buat ikut kepala DJ ....sebelah dalam DJ letak banting, ada dua poket 1 poket terbuka dan satu lagi poket berzip, bahagian atas bag DJ letakkan zip agar tidak terjatuh barang berharga yang dibawa, talinya pula DJ lebih suka tali yang dijahit kuit kerana tahan lasak juga nampak lebih kemas,,,,,,,,akhirnya inilah hasilnya....gembira sangat.....pada yang maha ESA bersyukur kerana memberi kekuatan dari segi idea dan juga kesabaran untuk menyiapkan bag ini....sepanjang hari menyiapkan bag nie,,,,macam2 berlaku kat rumah sehingga habis sebotol bedak talkum ditaburkan diseluruh bilik DJ juga bilik air oleh anak DJ yang sikecik tu (3 tahun) kerana maknya leka menyiapkan bag,,,dia pulak mewarnakan seluruh bilik dengan taburan bedak talkum.....hampir menangisku dibuatnya,,,,,,,,,apa2 pun syukur bag dah siap dan lepas nie boleh buat lagi,,,,,,,jom tengok gambar,,,,,,,,
Keseluruhan Bag...
Idea suami agar sulam sedikit kata2 di bahagian atas bag...suami minta dilekatkan bunga diganti dengan reben,,,tapi DJ terlalu penat hingga tak mampu nak buat bunga sekuntum,,,,reben lagi cepat penyediaanya.........
Juga idea suami agar di lekatkan nama gabungan sebagai tanda handmate disisi bag...........terima kasih sayangku kerana sentiasa memberi idea dan komentar yang bernas,,,,,,,
No comments:
Post a Comment