Followers

Wednesday, June 9, 2010

SELAMI DUNIA JAHITAN

Salam Ukhwah semua. Pada kali ini DJ ingin berkongsi beberapa projek Epal yang telah disiapkan oleh DJ pada permulaan menyelami dunia jahitan suatu ketika dulu di tahun 2008. Ada sesetengah projek yang DJ siapkan tidak diguna pakaipun oleh DJ kerana terlalu sayang dan kadang kala tidak mempercayainya bahawa DJ dapat menyiapkannya. Walau apapun dengan belajar menyiapkan produk tersebutlah yang banyak memberi ilmu jahitan dan sulaman kepada DJ sehingga mampu dan berani mengambil tempahan dari rakan-rakan dan juga saudara terdekat,,,, Terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru yang mengajar di Pusat Kraftangan Epal Kota Bharu dan tidak dilupakan suami dan anakanak yang terlalu banyak memberi galakan, sokongan dan dorongan...Jom tengok hasil tangan dulu-dulu,,,kadang-kadang rasa nak ketawa pula melihatnya,,,,,,

Bag tangan yang amat selesa digunakan, terutama ketika sibuk,,,mudah dibawa ke mana-mana. Hajat nak buat satu lagi,,,tapi sehingga hari ini belum munculpun lagi,,,,

Bag dan kasut yang tdak digunakan sehingga hari ini kerana ,,,sayang,,,,,,,,



Bakul serbaguna masih elok digunakan sehingga hari ini

Alas meja sepanjang zaman digunakan ketika musim perayaan sahaja,,,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...