Followers

Wednesday, June 16, 2010

LAGI CERITA BAG

Pada minggu lepas dan minggu ini DJ dapat menyiapkan beberapa bag yang telah ditempah oleh rakan-rakan sebelum ini. Ini kerana minggu cuti persekolahan membolehkan DJ ada banyak masa untuk mengadap mesin jahit sambil menjaga 2 orang puteri yang amat nakal serta 1 orang putera dan sekaligus menyiapkan tempahan rakan yang dah agak lama tu. Pada entri kali ini DJ ingin berkongsi bag jerut yang ditempah oleh Cg. Elie untuk anak daranya Tisya. Kali nie DJ telah ubah suai sedikit bag jerut daripada yang biasa sebelum ini iaitu DJ telah membuat satu poket terbuka di dalam bag,,,,,Harap2 Cg. Elie suka, bag nie akan diserahkan apabila sekolah dibuka minggu depan,,sabar,,,jom kita tengok ,,,,


Pandangan dalam bag,,,1 poket terbuka di sisi bag sebelah dalam,
dilapisi dengan span dan 2 keping kain

Pandangan depan bag jerut,,,(abaikan pandangan belakang)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...