Followers

Monday, June 7, 2010

PEMBANTU PERIBADI

Salam Ziarah semua. Kesempatan yang ada nie, DJ nak berkongsi koleksi mesin jahit yang amat membantu DJ dalam menyiapkan produk yang dihasilkan. Rasanya dah cukup untuk setakat hari ini dan seterusnya. DJ tak boleh menambah koleksi mesin jahit lagi kerna tidak ada ruang untuk menempatkannya ....rumah DJ nie sempit je,,,,, Walauapapun jom tengok,,,


Mesin Jahit yang pertama dibeli oleh suami secara kejutan,,,,Penghujung tahun 2007. Banyak kenangan bersamanya. DJ mula berjinak dalam bidang jahitanpun dengannya,,,,Masih elok hingga kini dan tak pernah memberi sebarang masalah kecuali sekali sekala tambah minyak untuknya,,,,kesian dia pun nak minum jugak,,,dahaga banyak sangat buat kerja untuk tuannya,,,

Mesin sulam dibeli setelah puas berbincang dan mesyuarat bersama suami,,,Hampir 4 bulan berada dalam kotak setelah dibeli kerana kurang yakin untuk menggunakannya,,,Tetapi kini dialah yang tak pernah berhenti bekerja untuk tuannya,,,,Tak boleh berpisah lama dengan tuannya,,,,Dibeli pada awal tahun 2008,,,,,

Mesin jahit tepi juga dibeli pada tahun 2008,,,banyak membantu dalam menyiapkan produk dengan tak banyak kerenah kecuali benangnya aje yang agak manja sikit,,,mudah putus,,,,tapi tak apa, itukan kesilapan tuannya juga,,,mungkin agak ganas dengannya,,,,

Ini mesin yang baru dibeli pada perengahan Mei 2010,,,Lebih kurang dengan mesin yang pertama dibeli tetapi lebih dan banyak program lagi,,boleh membuat kerja-kerja berat. Memerlukan latihan yang banyak untuk mengendalikannya secara maksimum,,,,Tuan empunya diri akan peruntukkan sedikit masa untuk mempelajarinya di Pusat Kraftangan Epal,,,,Insyallah,,,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...