Followers

Saturday, June 19, 2010

KERANA SEORANG SAHABAT

Salam berkunjung kepada semua tetamu. Kerana seorang sahabat maka siaplah 2 helai seprah Istimewa yang telah tertangguh jahitannya selama hampir setahun. Pada mulanya seprah ini DJ potong kainnya untuk kegunaan rumah DJ sendiri yang mana padanan bunga tepi dikain seprah hampir sama dengan set kerusi makan, lapik pinggan makan dan juga set pinggan makan kat rumah DJ. Seprah nie juga asalnya akan digunakan untuk pertandingan memasak murid-murid sekolah DJ nanti. Namun dek kerana kesuntukan masa DJ lenggahkan untuk siapkannya. Oleh kerana panggilan telefon rakan menjemput ke kenduri menduduki rumah barunya membuatkan DJ termenung panjang apa yang patut dihadiahkan sebagai tanda kenangan untuknya. Fikir punya fikir teringatlah seprah yang hanya dipotong sahaja tetapi belum jahit lagi,,,maka dalam masa 4 jam siaplah hadiah istimewa ini untuk seorang sahabat yang pernah belajar bersama suatu masa dahulu(DJ lebih suka hadiahkan hasil kerja tangan sendiri) ,,,,,untuk kegunaan dirumah DJ, akan DJ usahakan untuk mendapatkan bunga kain tepinya hampir sama dengan bunga seprah istimewa ini,,,,,, harap Cikgu Aini menyukainya sebagai tanda ingatan sepanjang hayat,,,,,,Tahniah dan syukur padaNYA kerana telah berjaya memiliki rumah idaman,,,,,

Seprah Istimewa untuk seorang yang bernama sahabat

Pandangan antara 2 penjuru yang berbeza

6 comments:

  1. salam DJ...cantiknya saprah ni....mesti yg menerima hepi sgt....corak sulaman tu DJ amik dr mana....cantik & sesuai utk saprah....lagi satu....corak sulaman utk baju & tuala dlm post seblm ni rasanya bukan dr colection epal kan?...DJ amik dr mana ye...harap sudi kongsi....:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih ainiayu krn sudi berkunjung dan memberi maklumbalas pd DJ yg baru belajar nie. Kebanyakan corak sulaman yg bukan dari collec. Epal DJ ambik dr internet spt. yg telah dimaklumkan oleh aini kpd DJ suatu ketika dulu thn lepas kalau tak silap sya. Terima kasih...

    ReplyDelete
  3. bila disemak semula corak sulaman baju tu memang drp epal punya iaitu colec. Victoria Rose,,,tp corak tuala memang dr internet.Terima kasih...

    ReplyDelete
  4. kekekeke....sy donlod byk sgt design dr internet sampai tk perasan design2 tu sy pn ada....haiiii....cepat la mesin sy pulih balik....tk sabar nk menyulam balik....:)

    ReplyDelete
  5. kalau nak senag buat kategori dan print gmbr asal setiap corak...kenp lama sangat mesin tu dihantar baiki,,rosak ape ye,,,

    ReplyDelete
  6. sy baru hantar mesin tu hari sabtu lepas....seblm tu tk sempat sbb hubby keje & balik kpg....tatau la apa rosaknya....tp langsung tkleh nk on...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...