Followers

Sunday, February 13, 2011

HANDBAG..........

Salam bertamu buat sahabat yang masih sudi luangkan masa berada disini.......kesempatan yang ada hari ini walaupun hari ini akan berakhir beberapa minit lagi DJ ingin berkongsi satu lagi bag yang sememangnya menjadi bag yang paling disukai oleh DJ untuk membawanya ke mana sahaja, baik ke tempat kerja atau kemana-mana memandangkan ianya begitu selesa sekali ketika menggunakannya....bag yang akan DJ kongsi hari ini DJ namakannya "bag buyung", tempahan dari Cikgu Salmani, merupakan salah seorang sahabat DJ yang sentiasa memberi sokongan kepada DJ untuk merealisasikan hobi yang amat baik ini (katanya). Bag yang DJ siapkan ini telah DJ ubah suai sendiri mengikut kehendak hati dengan meletakkan zip dibahagian mulut bag, terdapat 1 poket berzip dan 1 poket terbuka disebelah dalam bag. Bahagian tengahnya pula DJ letakkan banting supaya nampak lebih tegak....bahagian mulut bag dan tali bag, DJ jahit quilting.....agar lebih tahan dan nampak lebih tegak, selesa dan tahan lasak......ayuh tunggu apa lagi,,,,kepada mereka yang berminat dengan bag ini jangan segan2 intai-intailah DJ di www.facebook.com/norhanisah untuk sebarang tempahan dan pertanyaan........terima kasih.............

Pandangan keseluruhan bag bahagian depan....





BAG BUKU UNTUK CIKGU

Salam sejahtera buat semua para tamu yang dikasihi....terima kasih diucapkan kerana masih sudi berkunjung keteratak DJ ini......hari nie kesempatan yang ada DJ ingin berkongsi beberapa buah bag lagi yang sempat DJ siapkan sepanjang minggu lepas......bag yang dipaparkan kali ini telah ditempah khas oleh Cg. Azma untuk dimuatkan bahan-bahan pengajarannya.......bag ini mengikut ukuran yang diberkan oleh beliau..........walaupun DJ tidak mengenali secara dekat Cg. Azma, namun DJ berharap agar Cg. Azma menyukai hasil kerja tangan DJ......tempahan oleh Cg. Azma dibuat melalui sahabat beliau yang mana sahabat DJ juga yang telah pun mengguna pakai bag hasil kerja tangan DJ.....terima kasih Cg. Aini dan Cg. Azma atas tempahan, keprcayaan dan sokongan kerjatangan DJ...........jom sama-sama kita tengok bag Cg. Azma...........


Sebagai tanda nama.....hasil kerja tangan


Pandangan belakang bag.......dijahit quilting......


Terdapat 3 poket di hadapan bag......


Pandangan keseluruhan bag..........Selamat Mengajar ...........

Sunday, February 6, 2011

CUTI YANG BERMAKNA

Salam sejahtera kepada semua para tamu........lamanya DJ tak jalan2 kat blog nie.....bukan ke mana pun cuma tak sempat nak luangkan masa kat depan komputer nie........cuma hari nie DJ ingin berkongsi gambar yang sempat DJ snap hasil dari cuti sekolah sempena Cuti Tahun Baru Cina minggu lepas.........3 cover buku rancangan mengajar guru untuk cikgu2 dari SK. Bukit Jawa dan SK. Bunuhan sempat DJ siapkan........alhamdulillah atas rezeki yang berpanjangan dariNYA....cover buku kali nie DJ ubah suai sikit designnya agar nampak lebih menyerlah......DJ sulamkan logo KPM dan letak renda sikit........ayuh tengok.......







Sunday, January 30, 2011

MINI SEJADAH

Selamat sejahtera semua........sekadar untuk berkongsi mini sejadah yang telah disiapkan beberapa hari lepas dan telah selamat berada ditangan tuannya.....tempahan untuk 1 lagi mini sejadah akan dibuat mengikut giliran tempahan...........harap bersabar kepada sahabat-sahabat yang telah menempahnya.....sesiapa yang berminat boleh hubungi DJ di facebook (norhanisah) atau email.........tkasih......







CERITA BAG LAGI.........

Salam sejahtera buat para tamu yang dirahmati.......agak lama DJ menyepi dalam blog nie.....bukan tidur tetapi agak sibuk dengan kerja jahit menjahit yang tak sudah-sudah.......insyallah masa yang ada nie sempat DJ postkan gambar-gambar yang DJ telah siapkan tempahan dari rakan-rakan FB, rakan-rakan sepejabat dengan suami dan rakan-rakan satu sekolah dengan DJ.........tanpa coleteh panjang jom tengok bag untuk minum pagi tempahan dari rakan sepejabat dengan suami.......tq Pn. Rohani dan Pn. Ng.......bag nie boleh memuatkan dompet duit, kunci kereta, telefon dan buku catatan kecil........amat sesuai untuk ke pasar juga minum pagi bagi mereka yang bekerja untuk mengelakkan daripada membawa handbag.........


Pandangan belakang bag....sulaman nama pemilik bag


Pandangan hadapan bag.........sempat dilekatkan reben kegemaran....

Pandangan hadapan bag......


Pandangan belakang bag........sulaman nama dan no kakitangan

Tuesday, January 25, 2011

SULAMAN JARI HANTU

Salam sejahtera buat semua para tamu yang dirahmati. Terima kasih diucapkan kepada semua para tamu yang sudi berkunjung,,,,,,mohon maaf kepada semua andainya ada sesetengah ejaan yang kurang tepat ejaannya dan terima kasih kepada yang sudi menegur....memang DJ akui sesetengah ejaan banyak terikut bahasa percakapan harian,,,,,,insyallah akan diingati untuk hari-hari seterusnya.....entri kali ini DJ ingin berkongsi salah satu koleksi sulaman jari hantu yang telah DJ siapkan untuk tempahan .....jom sama-sama kita lihat,,,,,,,,,,,


Sulaman bahagian keliling baju


Sulaman keliling baju dan lengan

Tuesday, January 18, 2011

TOTE BAG UNTUK BABY........

Salam sejahtera buat semua para tamu yang dirahmati.........terlebih dahulu terima kasih diucapkan kerana masih sudi berkunjung ke teratak DJ yang tidak seberapa ini.........lamanya DJ tinggalkan teratak nie hampir sepurnama........tidak pergi kemana-mana, masih ada disini dengan kerja-kerja jahit menjahit dan sulam menyulam,,,,,,,,,,,cuma sejak kebelakangan ini DJ kekurangan masa untuk update blog nie...........kesempatan yang ada hari nie DJ ingin berkongsi satu bag yang telah DJ siapkan beberapa hari lepas untuk dihadiahkan kepada anak seorang sahabat DJ, guru satu sekolah dengan DJ.........tanpa cerita panjang meh tengok gambar2nya.............

Nama empunya Bag...........Nik Yasmin bt. Nik Yusri


Saje cuba sulam gabungan nama DJ dan Suami,,,,,,,,,,



Pandangan belakang bag, dijahit quilting sepenuhnya




Pandangan hadapan bag, mempunyai 2 poket.........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...