Followers

Sunday, February 13, 2011

HANDBAG..........

Salam bertamu buat sahabat yang masih sudi luangkan masa berada disini.......kesempatan yang ada hari ini walaupun hari ini akan berakhir beberapa minit lagi DJ ingin berkongsi satu lagi bag yang sememangnya menjadi bag yang paling disukai oleh DJ untuk membawanya ke mana sahaja, baik ke tempat kerja atau kemana-mana memandangkan ianya begitu selesa sekali ketika menggunakannya....bag yang akan DJ kongsi hari ini DJ namakannya "bag buyung", tempahan dari Cikgu Salmani, merupakan salah seorang sahabat DJ yang sentiasa memberi sokongan kepada DJ untuk merealisasikan hobi yang amat baik ini (katanya). Bag yang DJ siapkan ini telah DJ ubah suai sendiri mengikut kehendak hati dengan meletakkan zip dibahagian mulut bag, terdapat 1 poket berzip dan 1 poket terbuka disebelah dalam bag. Bahagian tengahnya pula DJ letakkan banting supaya nampak lebih tegak....bahagian mulut bag dan tali bag, DJ jahit quilting.....agar lebih tahan dan nampak lebih tegak, selesa dan tahan lasak......ayuh tunggu apa lagi,,,,kepada mereka yang berminat dengan bag ini jangan segan2 intai-intailah DJ di www.facebook.com/norhanisah untuk sebarang tempahan dan pertanyaan........terima kasih.............

Pandangan keseluruhan bag bahagian depan....





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...