Followers

Sunday, January 30, 2011

MINI SEJADAH

Selamat sejahtera semua........sekadar untuk berkongsi mini sejadah yang telah disiapkan beberapa hari lepas dan telah selamat berada ditangan tuannya.....tempahan untuk 1 lagi mini sejadah akan dibuat mengikut giliran tempahan...........harap bersabar kepada sahabat-sahabat yang telah menempahnya.....sesiapa yang berminat boleh hubungi DJ di facebook (norhanisah) atau email.........tkasih......







CERITA BAG LAGI.........

Salam sejahtera buat para tamu yang dirahmati.......agak lama DJ menyepi dalam blog nie.....bukan tidur tetapi agak sibuk dengan kerja jahit menjahit yang tak sudah-sudah.......insyallah masa yang ada nie sempat DJ postkan gambar-gambar yang DJ telah siapkan tempahan dari rakan-rakan FB, rakan-rakan sepejabat dengan suami dan rakan-rakan satu sekolah dengan DJ.........tanpa coleteh panjang jom tengok bag untuk minum pagi tempahan dari rakan sepejabat dengan suami.......tq Pn. Rohani dan Pn. Ng.......bag nie boleh memuatkan dompet duit, kunci kereta, telefon dan buku catatan kecil........amat sesuai untuk ke pasar juga minum pagi bagi mereka yang bekerja untuk mengelakkan daripada membawa handbag.........


Pandangan belakang bag....sulaman nama pemilik bag


Pandangan hadapan bag.........sempat dilekatkan reben kegemaran....

Pandangan hadapan bag......


Pandangan belakang bag........sulaman nama dan no kakitangan

Tuesday, January 25, 2011

SULAMAN JARI HANTU

Salam sejahtera buat semua para tamu yang dirahmati. Terima kasih diucapkan kepada semua para tamu yang sudi berkunjung,,,,,,mohon maaf kepada semua andainya ada sesetengah ejaan yang kurang tepat ejaannya dan terima kasih kepada yang sudi menegur....memang DJ akui sesetengah ejaan banyak terikut bahasa percakapan harian,,,,,,insyallah akan diingati untuk hari-hari seterusnya.....entri kali ini DJ ingin berkongsi salah satu koleksi sulaman jari hantu yang telah DJ siapkan untuk tempahan .....jom sama-sama kita lihat,,,,,,,,,,,


Sulaman bahagian keliling baju


Sulaman keliling baju dan lengan

Tuesday, January 18, 2011

TOTE BAG UNTUK BABY........

Salam sejahtera buat semua para tamu yang dirahmati.........terlebih dahulu terima kasih diucapkan kerana masih sudi berkunjung ke teratak DJ yang tidak seberapa ini.........lamanya DJ tinggalkan teratak nie hampir sepurnama........tidak pergi kemana-mana, masih ada disini dengan kerja-kerja jahit menjahit dan sulam menyulam,,,,,,,,,,,cuma sejak kebelakangan ini DJ kekurangan masa untuk update blog nie...........kesempatan yang ada hari nie DJ ingin berkongsi satu bag yang telah DJ siapkan beberapa hari lepas untuk dihadiahkan kepada anak seorang sahabat DJ, guru satu sekolah dengan DJ.........tanpa cerita panjang meh tengok gambar2nya.............

Nama empunya Bag...........Nik Yasmin bt. Nik Yusri


Saje cuba sulam gabungan nama DJ dan Suami,,,,,,,,,,



Pandangan belakang bag, dijahit quilting sepenuhnya




Pandangan hadapan bag, mempunyai 2 poket.........

Sunday, December 19, 2010

LAMANYA TINGGALKAN PATCHWORK

Salam sejahtera buat semua tetamu....terima kasih atas kunjungan kalian semua.........entri kali ini cerita berkisar pada bag lagi,,,,tetapi kali ini DJ paparkan bag patchwork yang telah DJ siapkan hari ini untuk tempahan rakan guru satu sekolah dengan DJ,,,,,,,iaitu Cikgu Ida......Sepanjang menyiapkan bag ini hati sentiasa berdebar2 bimbang dengan hasil kerja memandangkan sudah lama benor DJ tinggalkan patchwork,,,,,sememangnya semua orang tahu sukarnya dalam mencantumkan cebisan2 kain agar bercantum dengan tepat,,,,,,,,,namun dengan berkat kesabaran menyiapkannya hasil kerja dapat dihasilkan sebagaimana sepatutnya,,,,,,,syukur dan alhamdulillah yang mampu diucapkan kerana masih diberi peluang olehNYA untuk menyiapkan seperti yang dipelajari sebelum ini........pabila siapnya bag Cg Ida ini maka DJ akan berhenti buat sementara waktu daripada menjahit bahan tempahan rakan2 kerana DJ ingin menyiapkan pakaian sekolah anak DJ yang akan memulakan sesi persekolahan dalam beberapa hari saja lagi,,,,,,kesian juga dibuatnya kerana saban hari bertanya pakaian sekolah dan bag fardu ainnya.......bukan tak mahu siapkan tapi disebabkan DJ udah berjanji dengan rakan2 sekolah akan menyerahkan semua bahan tempahan pada 30/12/2010......seperti biasa dalam berjanji DJ amat pantang memungkirinya,,,,,,,juga dengan keizinan dariNYA..sehingga artikel ini ditulis insyallah janji akan dapat ditunaikan............akhirnya kepada sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan atau merisik khabar di Facebook.com/norhanisah.........terima kasih......

Pandangan keseluruhan bag

Kepingan patchwork yang telah siap dicantum

Pandangan belakang bag....dijahit quilting sepenuhnya


Sulaman nama pena........


Pandangan dari ruang dalam bag mengandungi 3 poket, 1 poket berzip, 1 poket terbuka dan 1 poket bergetah,,,,,,,,,,,








Thursday, December 16, 2010

SYUKUR......ALHAMDULILLAH,,,,,,

Syukur Alhamdulillah,,,,,di saat2 akhir menhabiskan sisa2 cuti sekolah yang akn berakhir dua minggu lagi ini DJ dapat menggunakan masa dengan sebaik mungkin,,,,,,tempahan dari rakan2 sekolah juga kenalan biasa serta kenalan FB dapat DJ siapkan ,,,,,,,,,,walaubagaimanapun ada beberapa orang lagi yang masih setia menunggu......harap2 dapat bersabar,,,,,,,,pada minggu hadapan DJ akan stop buat sementara waktu daripada menyiapkan tempahan rakan kerana DJ akan menumpukan kepada jahitan baju sekolah anak DJ akan memasuki sekolah tidak lama lagi,,,merunggut dia takut baju sekolah dan bag fardu ainnya tak sempat disiapkan.......maklumkan buat kerja seharian baersama anak2,,,so masa amat terhad sangat,,,,,kena pandai susun atur kerja2 seharian,,,,,,,,,walau apa2 pun syukur kerana janji2 bersama rakan2 tuan empunya tempahan insyallah terlaksana,,,,,,,,,jom tengok bag tempahan dari Cikgu Noraini,,,,,,,,

Pandangan Dalam Bag......1poket berzip dan 1 poket terbuka
Close UP....

Pandangan belakang bag...jahitan kuiting

Pandangan hadapan bag........


Monday, December 13, 2010

TANPA TUTORIOL

Salam sejahtera buat semua tamu yang sudi berkunjung ke teratak yang tidak seberapa ini.......Hari nie DJ rasa amat bersyukur dan gembira sekali walaupun badan teramat penat dan letih....apa tak gembiranya sehari suntuk bermula 7.00 pagi hingga 7.00 petang bertungkus lumus menyiapkan bag yang my hubby bagi nama 'bag buyung' tanpa ada panduan atau tutoriol.....sebenarnya dah lama benar DJ berkenan bag nie......tapi tak berani mencuba takut tak menjadi,,,,,,,,tapi entah kenapa semasa asyik melayari internet tiba2 DJ ternampak gambar bag nie....tapi toturiolnya tak de,,,,DJ cuba print gambarnya dan dalam hati bertekad aku akan buat jugak beg nie walau apapun yang bakal terjadi,,,,dalam kepala dah sedia untuk kena gelak kat hubby.......DJ tak tahu macam mana bentuk asal dalaman bag....DJ seja2 buat ikut kepala DJ ....sebelah dalam DJ letak banting, ada dua poket 1 poket terbuka dan satu lagi poket berzip, bahagian atas bag DJ letakkan zip agar tidak terjatuh barang berharga yang dibawa, talinya pula DJ lebih suka tali yang dijahit kuit kerana tahan lasak juga nampak lebih kemas,,,,,,,,akhirnya inilah hasilnya....gembira sangat.....pada yang maha ESA bersyukur kerana memberi kekuatan dari segi idea dan juga kesabaran untuk menyiapkan bag ini....sepanjang hari menyiapkan bag nie,,,,macam2 berlaku kat rumah sehingga habis sebotol bedak talkum ditaburkan diseluruh bilik DJ juga bilik air oleh anak DJ yang sikecik tu (3 tahun) kerana maknya leka menyiapkan bag,,,dia pulak mewarnakan seluruh bilik dengan taburan bedak talkum.....hampir menangisku dibuatnya,,,,,,,,,apa2 pun syukur bag dah siap dan lepas nie boleh buat lagi,,,,,,,jom tengok gambar,,,,,,,,

Keseluruhan Bag...


Idea suami agar sulam sedikit kata2 di bahagian atas bag...suami minta dilekatkan bunga diganti dengan reben,,,tapi DJ terlalu penat hingga tak mampu nak buat bunga sekuntum,,,,reben lagi cepat penyediaanya.........


Juga idea suami agar di lekatkan nama gabungan sebagai tanda handmate disisi bag...........terima kasih sayangku kerana sentiasa memberi idea dan komentar yang bernas,,,,,,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...