Followers

Tuesday, March 22, 2011

SULAMAN BAJU

Salam sejahtera dan terima kasih buat para sahabat yang sudi bertamu di teratak DJ ini....terima kasih juga DJ ucapkan kepada sahabat atau rakan yang sudi memberi maklum balas untuk kebaikan bersama dari semasa ke semasa. Lama jugak rasanya teratak DJ ini tidak dihidangkan dengan cerita-cerita tentang dunia jahitan dan sulaman. Pada kesempatan yang ada kali ini DJ ingin berkongsi beberapa hasil sulaman yang telah DJ siapkan baru-baru ini dan telah selamat berada ditangan tuan empunya...


Sulaman di kedua-dua lengan dan bawah hadapan baju RM 28.00


Sulaman tudung DJ buatkan khas untuk dihadiahkan kepada seseorang.....so harganya......???


Sulaman hadapan baju sahaja dari bawah hingga paras dada....harganya RM 40.00

Sunday, March 13, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

Salam sejahtera semua.......masa yang ada hari nie DJ ingin berkongsi satu lagi sulaman tuala untuk pengantin baru.......kepada sesiapa yang berminat boleh lawati Facebook DJ........norhanisah1997@gmail.com.........terima kasih





Saturday, March 12, 2011

COVER BUKU



Sekadar ingin berkongsi salah satu lagi hasil kraf yang sempat DJ siapkan minggu ini.......cover buku rancangan mengajar ini telah ditempah oleh Cg. Che Tun dari Pulau Pinang....terima kasih atas tempahan....semoga Cg. Che Tun berpuas hati dengan hasil kerja tangan DJ.......

MINI SEJADAH

Salam sejahtera buat semua para tamu yang dirahmati.......lamanya DJ tidak bersua.....bukan niat mengundurkan diri cuma masa agak terbatas sibuk dengan kerja2 yang sentiasa tidak berkesudahan.......so masa yang ada hari ni dengan masa yang suntuk nie... DJ ingin berkongsi hasil kraf yang baru disiapkan untuk tempahan dari Pn. Hjh. Sara.....semoga beliau berpuashati dengan hasil yang telah DJ siapkan ini....apa2 pun terima kasih diucapkan atas tempahan yang diterima........jom tengok gambar>>>>>>




Sunday, February 13, 2011

HANDBAG..........

Salam bertamu buat sahabat yang masih sudi luangkan masa berada disini.......kesempatan yang ada hari ini walaupun hari ini akan berakhir beberapa minit lagi DJ ingin berkongsi satu lagi bag yang sememangnya menjadi bag yang paling disukai oleh DJ untuk membawanya ke mana sahaja, baik ke tempat kerja atau kemana-mana memandangkan ianya begitu selesa sekali ketika menggunakannya....bag yang akan DJ kongsi hari ini DJ namakannya "bag buyung", tempahan dari Cikgu Salmani, merupakan salah seorang sahabat DJ yang sentiasa memberi sokongan kepada DJ untuk merealisasikan hobi yang amat baik ini (katanya). Bag yang DJ siapkan ini telah DJ ubah suai sendiri mengikut kehendak hati dengan meletakkan zip dibahagian mulut bag, terdapat 1 poket berzip dan 1 poket terbuka disebelah dalam bag. Bahagian tengahnya pula DJ letakkan banting supaya nampak lebih tegak....bahagian mulut bag dan tali bag, DJ jahit quilting.....agar lebih tahan dan nampak lebih tegak, selesa dan tahan lasak......ayuh tunggu apa lagi,,,,kepada mereka yang berminat dengan bag ini jangan segan2 intai-intailah DJ di www.facebook.com/norhanisah untuk sebarang tempahan dan pertanyaan........terima kasih.............

Pandangan keseluruhan bag bahagian depan....





BAG BUKU UNTUK CIKGU

Salam sejahtera buat semua para tamu yang dikasihi....terima kasih diucapkan kerana masih sudi berkunjung keteratak DJ ini......hari nie kesempatan yang ada DJ ingin berkongsi beberapa buah bag lagi yang sempat DJ siapkan sepanjang minggu lepas......bag yang dipaparkan kali ini telah ditempah khas oleh Cg. Azma untuk dimuatkan bahan-bahan pengajarannya.......bag ini mengikut ukuran yang diberkan oleh beliau..........walaupun DJ tidak mengenali secara dekat Cg. Azma, namun DJ berharap agar Cg. Azma menyukai hasil kerja tangan DJ......tempahan oleh Cg. Azma dibuat melalui sahabat beliau yang mana sahabat DJ juga yang telah pun mengguna pakai bag hasil kerja tangan DJ.....terima kasih Cg. Aini dan Cg. Azma atas tempahan, keprcayaan dan sokongan kerjatangan DJ...........jom sama-sama kita tengok bag Cg. Azma...........


Sebagai tanda nama.....hasil kerja tangan


Pandangan belakang bag.......dijahit quilting......


Terdapat 3 poket di hadapan bag......


Pandangan keseluruhan bag..........Selamat Mengajar ...........

Sunday, February 6, 2011

CUTI YANG BERMAKNA

Salam sejahtera kepada semua para tamu........lamanya DJ tak jalan2 kat blog nie.....bukan ke mana pun cuma tak sempat nak luangkan masa kat depan komputer nie........cuma hari nie DJ ingin berkongsi gambar yang sempat DJ snap hasil dari cuti sekolah sempena Cuti Tahun Baru Cina minggu lepas.........3 cover buku rancangan mengajar guru untuk cikgu2 dari SK. Bukit Jawa dan SK. Bunuhan sempat DJ siapkan........alhamdulillah atas rezeki yang berpanjangan dariNYA....cover buku kali nie DJ ubah suai sikit designnya agar nampak lebih menyerlah......DJ sulamkan logo KPM dan letak renda sikit........ayuh tengok.......







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...