Followers

Friday, November 5, 2010

Usaha Tangga Kebolehan,,,,

Pada hari Ahad baru-baru ini 31hb. Okt. 2010 seluruh warga Negeri Kelantan diberi cuti umum sempena kejayaan pasukan bola sepak Kelantan merangkul kejayaan Piala Malaysia musim 2010...tahniah DJ ucapkan kepada pasukan bola sepak Kelantan...disamping itu bersyukur kerana diberi cuti umum....cuti yang diberikan tidak DJ sia-siakan begitu saja,,,apa lagi kalau tidak dimanafaatkan dengan menjahit dan menyulam.....dengan tiba-tiba hari itu mata DJ tertumpu pada satu kain yang berada dalam susunan kain-kain yang begitu banyak (setiap kali ke kedai kain tak pernah tak dibelinya,,,sekali fikir bilalah kain2 tu akan menjadi baju?????)....semangat yang berkobar-kobar datang untuk cuba menjahit baju tidur buat anak ke tiga DJ...Amalin,,,,dah berkurun lamanya janji nak siapkan sepasang baju tidur, namun tahu-tahu ajelah,,,kenkangan masa sentiasa menjadi penghalangnya,,,,tengok jam pukul 11.00 pagi,,,,dalam hati berfikir2 sempatkan hari ini aku siapkan,,,,kira punya kira,,,,pertama kali DJ cuba buat dasar baju dan seluar panjangnya dengan menggunakan kertas,,,,,,,dua tiga kali juga DJ baiki sana baiki sini akhirnya siaplah baju tidur pertama DJ jahit....apalagi tuan empunya baju tanpa sabar-sabar terus memakainya dan bergayalah ia sehingga DJ mendapat tempahan seterusnya daripada kakak Amalin,,,,Sofea merengek2 minta siapkan satu untuknya,,,,,tapi bila siap tak boleh janji,,,,,sehingga coretan hari ini bayang kertas dasarpun belum ada lagi,,,,,sabar ye kakak,,,,,,setelah siap baju tidur itu hati DJ berasa amat puas sekali kerana keinginan selama ini untuk menjahit sendiri baju tidur anak-anak menjadi kenyataan,,,,,,cuti umum yang diberi telah DJ gunakan sepenuhnya untuk kerja2 yang berfaedah,,,,,jom sama-sama kita tengok,,,,,


'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Coretan hari ini, DJ ingin berkongsi cerita yang DJ dapat dari seorang rakan FB,,,semoga cerita ini memberi ingatan kepada diri DJ sendiri juga kepada semua pembaca sekalian.....

oleh Mentari Hidup pada pada 29hb Oktober 2010 pukul 1.41 pagi

........manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.."Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Thursday, October 28, 2010

LAWATAN SEKOLAH

Salam Sejahtera....agak lama juga DJ menyepi dari berblog begitu juga dengan kerja-kerja jahitan dan sulaman....dalam 2 hingga 3 minggu nie minggu yang agak sibuk dengan kerja-kerja dan aktviti sekolah memandangkan penggal persekolahan akan berakhir tidak lama lagi,,,,so agak kalut sikit dengan kerja-kerja yang perlu dibereskan sebelum cuti sekolah bermula....pada masa yang sama banyak aktiviti luar bilik darjah yang belum diselesaikan perlu diadakan dalam masa terdekat....so apa-apa pun tugas yang diberikan insyallah akan dibereskan sepertimana yang diamanahkan....pada kesempatan yang ada ini DJ ingin berkongsi tentang aktiviti luar bilik darjah yang telah DJ sertai baru-baru ini bersama-sama anak didik DJ yang istimewa bersama ibubapa mereka...pada kali nie DJ telah membawa mereka semua melawat tempat perternakan ikan air tawar (ikan keli) di Pasir Mas Kelantan,mandi manda di kolam mandi, singgah makan dan solat zohor di Pantai Sri Tujuh Tumpat dan seterusnya ke Pusat Perniagaan Bebas Cukai Pengkalan Kubor,,,,sepanjang lawatan tersebut kelihatan anak-anak ini begitu gembira terutama apabila menaiki bas,,,,tidak pernah terhenti dari bertanya kemana kita cikgu,,,nak pergi mana,,,,nak singgah mana,,,,lama lagi ke boleh duduk atas bas,,,,lain kali boleh naik bas lagi ke,,,,lain kali saya mahu ikut cikgu lagi,,,,,dan bermacam-macam soalan yang dikemukakan....tak henti menjawab...lepas seorang bertanya seorang lagi yang akan bertanya,,,sehingga kadang-kadang soalan yang sama yang ditanyakan....kami semua bertolak dari sekolah tepat jam 9.00 pagi dan kembali semua ke sekolah jam 4.15 petang...kalau diikutkan badan memang memenatkan tetapi kepenatan hilang apabila diwajah mereka terpancar rasa gembira dan senang hati,,,,bermacam-macam telatah sepanjang lawatan tersebut...sesungguhnya mereka juga seperti kita yang sempurna ingin berjalan-jalan melihat dunia luar, bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, ingin disayangi dan mempunyai perasaan ingin tahu....walau apa pun DJ amat menyayangi mereka seperti anak-anak sendiri sesungguhnya siapalah seorang guru tanpa mereka kerana dengan adanya mereka maka mereka yang bergelar guru-guru Pendidikan Khas mendapat kerja dengan ditugaskan untuk membimbing dan mendidik mereka agar mampu berdikari apabila dewasa kelak,,,,insyallah...selepas ini ada satu lagi aktiviti yang akan diadakan sebelum cuti penggal bermula insyallah,,,,,tunggu............

Ketika mula-mula tiba diperkarangan tempat ternakan ikan keli,,,,Sykt. AZZ Marketing Kg. Bunut Susu Pasir Mas Kelantan


Murid-murid begitu seronok mandi manda di kolam mandi yang disediakan dalam kawasan kolam ikan keli tersebut


Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid sempat bergambar ditengah-tengah kolam ternakan ikan keli


Kelihatan ikan keli berebut makanan yang diberikan oleh anak didik DJ...

Thursday, October 21, 2010

SULAMAN SEPRAH LAGI,,,,

Salam sejahtera,,,,sulaman seprah lagi,,,,kali nie masih menggunakan corak kain yang sama dengan sebelum ini,,,,atas permintaan tuan punya seprah,,,amat menarik katanya dengan bunga ros kecil berkuntum-kuntum....corak kain ini DJ sempat beli hampir 10 meter, kedai biasa tempat DJ lepak-lepak memilih kain,,,,mana lagi kalau bukan kedai kain NAGOYA,,,pekerja di kedai kain tu dah kenal betul dengan DJ,,,,kadang-kadang tu sempat berbual tentang sulaman dan jahitan lagi....berbalik semula pada seprah nie,,,,sulaman bunga dipenghujung dua sudut DJ gunakan bunga ros yang telah banyak DJ gunakan untuk sulaman di baju dan juga seprah sebelum ini,,,,apa-apa pun meh kita layan gambar-gambar nie....

Tepi kain kosong turut disulam bunga simple menggunakan mesin khas sulaman corak simple....

Pandangan dekat,,,,,corak bunga yang disusun pada baju sebelum ini

Tuesday, October 19, 2010

CORAK GABUNGAN....

Salam semua,,,kali nie DJ ingin berkongsi corak gabungan yang telah disiapkan pada baju kurung,,,jika ada yang perasan baju nie DJ telah postkan sebelum ini,,,cuma kali nie ingin DJ tunjukkan corak sulaman bunga yang sekuntum boleh disusun atur pada sebarang baju dengan susunan yang begitu menarik sekali,,,,corak sulaman nie DJ telah ambil daripada satu laman corak sulaman di Internet,,,,,terima kasih kepada yang sudi memberi corak bunga nie secara percuma dan tidak dilupakan terima kasih kepada mereka yang pernah mengajar dan membimbing DJ untuk mendapatkan corak-corak percuma diInternet.....

Bunga rose telah disusun atur menjadi satu gubahan pada baju kurung,,,,mengikut idea yang datang

BELUM TENTU SIAP JADI BAJU DJ

Salam Sejahtera,,,tiada apa yang hendak dicoletehkan,,,sekadar ingin berkongsi satu lagi corak sulaman jari hantu yang baru disiapkan minggu lepas,,,,baju nie pada asalnya kain DJ belikan untuk DJ sendiri,,,,tapi biasala kalau DJ beli kain belum tentu bila siap nanti jadi baju DJ,,,,tup2 jadi baju orang lain,,,,saja bagi hadiah kepada anak penjaga anak DJ,,,Amalin,,,,,sulaman nie DJ telah ubahsuai sedikit daripada corak asal,,,,atas permintaan tuan punya baju,,,biar nampak simple katanya,,,,so ginila jadinya,,,,,,
Sulaman Jari Hantu Koleksi Corak 18

Sunday, October 17, 2010

SULAMAN KERAWANG

Salam 1 Malaysia....hari ini DJ ingin berkongsi tentang sulaman kerawang yang DJ siapkan baru-baru ini...kira baju lepas raya lah tu kerana baju raya hari tu tak sempat disiapkan,,,sulamannya keliling bawah baju dan kedua-dua belah tangan,,,,sesiapa yang berminat boleh hubungi DJ melalui email,,,,,,jumpa lagi


Pandangan keliling baju dan keliling kedua-dua belah lengan


Pandangan dekat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...