Pada hari Ahad baru-baru ini 31hb. Okt. 2010 seluruh warga Negeri Kelantan diberi cuti umum sempena kejayaan pasukan bola sepak Kelantan merangkul kejayaan Piala Malaysia musim 2010...tahniah DJ ucapkan kepada pasukan bola sepak Kelantan...disamping itu bersyukur kerana diberi cuti umum....cuti yang diberikan tidak DJ sia-siakan begitu saja,,,apa lagi kalau tidak dimanafaatkan dengan menjahit dan menyulam.....dengan tiba-tiba hari itu mata DJ tertumpu pada satu kain yang berada dalam susunan kain-kain yang begitu banyak (setiap kali ke kedai kain tak pernah tak dibelinya,,,sekali fikir bilalah kain2 tu akan menjadi baju?????)....semangat yang berkobar-kobar datang untuk cuba menjahit baju tidur buat anak ke tiga DJ...Amalin,,,,dah berkurun lamanya janji nak siapkan sepasang baju tidur, namun tahu-tahu ajelah,,,kenkangan masa sentiasa menjadi penghalangnya,,,,tengok jam pukul 11.00 pagi,,,,dalam hati berfikir2 sempatkan hari ini aku siapkan,,,,kira punya kira,,,,pertama kali DJ cuba buat dasar baju dan seluar panjangnya dengan menggunakan kertas,,,,,,,dua tiga kali juga DJ baiki sana baiki sini akhirnya siaplah baju tidur pertama DJ jahit....apalagi tuan empunya baju tanpa sabar-sabar terus memakainya dan bergayalah ia sehingga DJ mendapat tempahan seterusnya daripada kakak Amalin,,,,Sofea merengek2 minta siapkan satu untuknya,,,,,tapi bila siap tak boleh janji,,,,,sehingga coretan hari ini bayang kertas dasarpun belum ada lagi,,,,,sabar ye kakak,,,,,,setelah siap baju tidur itu hati DJ berasa amat puas sekali kerana keinginan selama ini untuk menjahit sendiri baju tidur anak-anak menjadi kenyataan,,,,,,cuti umum yang diberi telah DJ gunakan sepenuhnya untuk kerja2 yang berfaedah,,,,,jom sama-sama kita tengok,,,,,
No comments:
Post a Comment