Followers

Wednesday, July 7, 2010

SULAMAN BUNGA-BUNGAAN

Salam sejahtera buat semua tetamu yang budiman. Pada entri kali ini DJ ingin berkongsi sepasang sulaman baju bunga-bungaan kepunyaan seorang rakan DJ. Susun atur bunga-bungaan dibaju ini mengikut ideal DJ sendiri atas permintaan tuan punya baju. Sulaman ini meliputi sulam hadapan baju, sisi baju dan kedua-dua belah lengan. Semoga rakan DJ berpuas hati dengan sulaman ini,,,,Terima kasih kerana sentiasa menyokong DJ dalam bidang ini,,,


Sulaman hadapan baju kurung riau, kedua belah lengan dan sisi baju
Salam blogger buat semua tetamu. Disini DJ ingin berkongsi beberapa bag atau 'simple pencil box' yang telah disiapkan untuk tempahan rakan anak saudara dan juga rakan anak DJ. Bag ini simple saja mengikut kehendak tuanpunya tempahan dan sesuai untuk simpan peralatan sekolah(alatulis) atau mekap atau apa-apa saja mengikut gerak hati tuan punya bag.
Semoga penerima bag ini gembira dengan hasil kerja tangan DJ. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada DJ untuk mengembangkan bakat yang sedikit ini,,,,,Jumpa lagi,,,Bagi mereka yang berminat boleh hubungi DJ untuk makluman seterusnya,,,,


Tempahan dari rakan anak saudara yang berada di Besut Terengganu,,,Asalnya DJ buatkan untuk anak saudara DJ (Along) ,,,,Biasalah kanak-kanak bila melihat sesuatu yang menarik terus ditempah untuknya juga,,,,terima kasih Along kerana tolong promosi hasil kerja tangan DJ,,,


Tempahan dari rakan sekolah anak DJ - SKSI 1 KB,,,hampir separuh rakan dalam kelasnya memiliki kotak pensil yang sama (dulu tak snap gambar baru le nie yang ada snap gambarnya,,,semenjak ada blog sendirilah katakan hehehe),,,,terima kasih semua,,,

Sunday, July 4, 2010

SULAMAN SILANG PANGKAH

Salam sejahtera dan selamat bertamu buat semua tetamu. Perkongsian idea kali ini DJ ingin paparkan sulaman silang pangkah yang telah digabungkan dengan sulaman corak koleksi epal. Baju dan tudung telah DJ siapkan sebagai koleksi atau baju contoh untuk mereka yang berminat dengan sulaman. Sulaman silang pangkah sebenarnya amat unik dan cantik bila di corakkan diatas pakaian. Oleh itu mereka yang berminat untuk menempahnya usah segan-segan untuk bertanya khabar dengan DJ, hubungi DJ dialamat emel yang tertera,,,Mari kita sama-sama lihat, tengok dan tonton sambil memberi sedikit maklum balas bagi yang sudi berkongsi ideal,,,sekian terima kasih semua ,,,,,,


Sulaman bawah baju dan lengan. DJ menggunakan sulaman berwarna hijau dan pink kerana semata-mata hendak mengikut warna bunga pada kain baju ini,,,,


Sulaman silang pangkah tudung sedondon dengan sulaman silang pangkah baju dengan warna sulamannya sahaja yang berbeza. DJ mengenakan tudung dengan warna kuning lembut agar menampakkan tudung ini tidak terlalu menyerlah.....


Corak sulaman di penghujung tudung,,,,Jom komen sikit....

Saturday, July 3, 2010

LAGI-LAGI CERITA SULAMAN

Salam sejahtera semua, moga kita semua sentiasa dirahmati olehNYA. Kesempatan yang ada nie, DJ ingin berkongsi lagi sulaman tuala yang telah DJ siapkan untuk majlis khatam Al-Quran anak saudara dan untuk hantara pengantin juga anak saudara DJ. Semoga hasil tangan ini dapat memuaskan hati -hati mereka yang empunya majlis....Jom kita tengok,,,


Tuala sulaman ini cenderahati untuk Ustaz dan Ustazah yang mengajar suatu ketika dulu,,,,Moga tuan empunya majlis berpuas hati dengan corak sulaman yang simple ini,,,


Idea sulaman ini datang dengan tiba-tiba dan tak sangka ramai yang berkenaan semasa majlis tersebut,,,syukur rupanya idea DJ boleh pakai juga walaupun secara tiba-tiba dan dalam masa yang begitu singkat,,,,

GARA-GARA TEMPLATE

Salam 1Malaysia buat semua tetamu, semoga kita semua sentiasa berada dalam kerahmatan hendaknya. Lama rasanya tidak bersua di laman sendiri kerana duk sibuk dengan edit template bagi 2 blog yang DJ urus. Rasa pening juga mulanya bagi DJ yang baru mula merangkak dalam IT nie kerana bila ubah template semuanya turut berubah. Dahla tu blog sekolah DJ pun DJ ubah template secara tidak sengaja, so bila dah ubah tu tanggunglah sendiri akibatnya. Walau apapun DJ gembira dan tidak tertekan dengan amanah ini, hingga kini kedua-dua blog masih dalam ubahsuai. Harap tetamu semua bersabar,,,sabar dan sabar yee...Kerja-kerja editing akan dilakukan dari masa ke masa mengikut masa yang ada.....









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...