Salam sejahtera,,,,,,,,kesempatan yang sedikit ini DJ ingin berkongsi beberapa gambar langsir yang telah DJ siapkan untuk "Teratak Kasih"...............sekiadar untuk berkongsi hobi..........walaupun jahitannya tidak secantik pakar langsir namun DJ berpuas hati dengan usaha diri sendiri .........
Followers
Tuesday, June 14, 2011
Sunday, May 22, 2011
SALAM KEMAAFAN........
Salam sejahtera kepada semua para tamu yang tidak jemu2 memberi sokongan dan dorongan kepada DJ untuk menghasilkan kreativiti dalam bidang jahitan dan sulaman. Namun begitu sejak akhir2 nie....blog dan FB DJ agak kebasian sedikit kerana tidak di kemaskini dengan cerita2 terbaru.........bukan kerana telah jemu, jauh sekali untuk berhenti dari kerja2 kraftangan ini,,,,,apa yang pasti DJ teramat kekurangan masa kerana kerja2 yang sentiasa menunggu giliran untuk disiapkan.......buat masa sekarang DJ terpaksa hadkan penerimaan tempahan kerana DJ ingin siapkan tempahan sebelum ini yang sememangnya tuan empunya sabar menunggu barang masing2...terima kasih tidak terhintung buat sahabat dan rakan taulan yang sentiasa memahami masalah masa DJ....tambahan pula buat masa sekarang DJ betungkus lumus menyiapkan langsir untuk sebuah rumah....yang perlu disiapkan atau dihabiskan sebelum Jun 2011....sehingga saat ini ada lagi sebahagian yang perlu dibereskan....gambar2 langsir yang DJ siapkan belum sempat tuk di tayang disini dan insyallah bila kelapangan masa akan dipamerkan sebagai koleksi peribadi.........oleh itu di kesempatan yang ada ini DJ memohon maaf kepada semua rakan2 yang telah membuat tempahan jahitan dan juga sulaman dan sehingga kini masih belum menerima barangnya....harap bersabar dan bersabar....insyallah jika diizinkan akan disiapkan...........
Tuesday, March 29, 2011
HAND BAG LAGI..........
Salam sejahtera dan terima kasih kepada para sahabat serta mereka yang tidak segan2 bertamu di teratak DJ ini...lama jugak DJ tidak bercoleteh disini,,,,bukan kerana malas tetapi kesuntukan masa yang teramat sangat.....ruang masa yang ada kali ini tanpa cerita panjang DJ ingin berkongsi Handbag yang DJ baru siapkan minggu lepas,,,,telah pun digunapakai bawa ke tempat kerja...bag yang DJ hasilkan kali ini mempunyai 6 poket diluar bag dan 2 poket didalam, 1 poket berzip dan 1 poket terbuka.....badan bag dijahit kuilting sepenuhnya(telah diubahsuai daripada design asal....mengikut kehendak dan kesesuaian untuk jangka masa panjang)....bag yang DJ hasilkan kali ini sedondong dengan dompetnya....apa2 pun layan je gambar nie......
Tuesday, March 22, 2011
SULAMAN BAJU
Salam sejahtera dan terima kasih buat para sahabat yang sudi bertamu di teratak DJ ini....terima kasih juga DJ ucapkan kepada sahabat atau rakan yang sudi memberi maklum balas untuk kebaikan bersama dari semasa ke semasa. Lama jugak rasanya teratak DJ ini tidak dihidangkan dengan cerita-cerita tentang dunia jahitan dan sulaman. Pada kesempatan yang ada kali ini DJ ingin berkongsi beberapa hasil sulaman yang telah DJ siapkan baru-baru ini dan telah selamat berada ditangan tuan empunya...
Sulaman hadapan baju sahaja dari bawah hingga paras dada....harganya RM 40.00
Sunday, March 13, 2011
Saturday, March 12, 2011
MINI SEJADAH
Salam sejahtera buat semua para tamu yang dirahmati.......lamanya DJ tidak bersua.....bukan niat mengundurkan diri cuma masa agak terbatas sibuk dengan kerja2 yang sentiasa tidak berkesudahan.......so masa yang ada hari ni dengan masa yang suntuk nie... DJ ingin berkongsi hasil kraf yang baru disiapkan untuk tempahan dari Pn. Hjh. Sara.....semoga beliau berpuashati dengan hasil yang telah DJ siapkan ini....apa2 pun terima kasih diucapkan atas tempahan yang diterima........jom tengok gambar>>>>>>

Subscribe to:
Posts (Atom)

