Followers

Tuesday, October 12, 2010

CORAK SULAMAN

Salam bertemu kembali ,,,,,tidak ada cerita yang nak dikongsi sekadar ingin berkongsi corak sulaman yang ada dalam koleksi DJ,,,,untuk makluman corak2 yang DJ kongsikan hari ini telah banyak DJ guna untuk pelbagai corak sulaman apabila diubahsuai dan diadunkan semula mengikut kreativiti sendiri,,,,


Sesuai disulam pada baju dengan susunan yang kreatif,,,,juga boleh disulam pada seprah,,,


Amat sesuai disulam pada tudung dengan susunan kreatif dan pada bahagian hujung lengan serta bawah baju terutama baju kurung, kurung moden, kurung kedah dan juga blaus....


Seuai disulam pada tuala untuk dihadiahkan kepada seseorang,,,,atau tuala untuk kanak-kanak,,,,

KEMBALI KEPADA CERITA SULAMAN

Salam penuh kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk meneruskan penulisan di blog DJ,,,kesempatan yang ada pada hari ini DJ ingin berkongsi sepasang lagi baju Cikgu Halina yang telah disulam oleh DJ baru-baru ini,,,,baju ini ditempah sedondong dengan anak perempuannya (DJ telah postkan gambar sebelum ini)....Corak sulaman sama dengan anaknya tetapi susun atur sedikit berbeza,,,,,Hampir seminggu juga DJ bertungkus lumus menyiapkan baju Cikgu Halina dan anak perempuannya Erin,,,,semoga Cikgu Halina dan anaknya bergaya di hari raya baru-baru ini,,,apa-apa pun terima kasih atas sokongan padu yang diberikan selama ini,,,,,


Corak sulaman di kedua-dua belah lengan baju


Pandangan keseluruhan baju yang dipenuhi dengan sulaman bunga-bungaan

RENUNG DAN FIKIRKAN SEKETIKA....


Salam bertamu buat semua....memulakan bicara pada kali ini tentang Mutiara Kata. Sememangnya DJ amat suka membaca apa-apa saja mutiara kata walau dimana berada,,,,bukan apa kekadang dengan mutiara kata banyak menyedarkan kita tentang kehidupan,,,,Mutiara kata yang akan dikongsi pada kali ini rasa banyak betulnya terutama dalam kehidupan kita di dunia ini....mutiara kata ini DJ petik daripada majalah bulanan epal bulan Okt. 2010...ianya berbunyi "Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya..." sama-sama kita fikir dan renungkannya.....

Sunday, October 10, 2010

GURU MEMBINA BLOG???


Selamat sejahtera semua,,,,,gembira rasa hari nie because berjaya menjadi guru untuk membina blog kepada seseorang,,,,walaupun masih belum siap sepenuhnya tetapi rangkanya telah siap,,,harap2 lepas nie tuan punya blog suka dengan blog yang DJ telah buat untuknya,,,,selama ini asyik dengan blog jahitan, sulaman dan masakan sahaja,,,tapi hari ini diminta buatkan blog untuk seseorang yang bukan wanita,,,,pada mulanya pening jugak kepala apa yang hendak dimasukkan dalam blog kaum lelaki nie,,,,takut2 nanti masukkan gambar-gambar bunga dan corak sulaman je,,,,nanti mesti terkejut habis rakan-rakannya,,,macam mana blog lelaki boleh ada gambar dan hiasan bunga-bungaan,,,??tapi alhamdulillah akhirnya berjaya juga sediakan blog mengambarkan seorang lelaki,,,,,maka hari ini DJ berjaya menjadi guru bagi kelas membina blog,,,,,hehehehe

Saturday, October 9, 2010

KATA-KATA MOTIVASI

Corak sulaman yang dipaprkan dibawah sedia untuk disulam,,,,boleh sulam atas tuala atau kain baldu untuk dibuat frame....sesuai untuk dijadikan hadiah atau cenderamata mengikut kesesuaian....kepada mereka yang berminat boleh hubungi DJ melalui email untuk keterangan selanjutnya....terima kasih,,,,




SULAMAN BUNGA-BUNGAAN LAGI

Selamat bertamu...DJ ingin berkongsi baju anak kepada rakan satu sekolah dengan DJ yang mesra dengan panggilan Errin,,,anak perempuan tunggal Cikgu Halina...susun atur dan corak sulaman dipilih oleh DJ sendiri termasuk jua pemilihan warna bunga mengikut warna kain baju tersebut petak-petak biru dan oren,,,,oleh itu DJ samakan warna bunga dengan corak bunga bunga oren tua....kehendak Cikgu Halina sendiri,,,katanya 'buatlah macammana sekalipun asalkan cantik". Baju nie DJ sulam dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri,,,,,baju nie sedondong dengan ibunya,,,,,nanti ada masa DJ akan masukkan baju ibunya pula corak yang sama tetapi susun aturnya sedikit beza,,,,tunggu

Pandangan hadapan keseluruhan baju

Fokus dekat -Sulaman hadapan baju bahagian bawah

Fokus dekat - Sulaman di lengan baju

Fokus dekat, sulaman corak bunga di tepi leher

CORAK SULAMAN

Gambar-gambar dibawah menunjukkan corak sulaman yang terdapat dalam koleksi DJ sedia untuk disulam,,,,koleksi 18 part 2, sesuai untuk sulaman baju kurung atau baju riau tertakluk kepada kesukaan dan minat individu,,,,kepada yang berminat boleh hubungi DJ,,,,,,,melalui email yang tertera....harga bagi setiap sulaman tertakluk kepada ketebalan, banyak atau sedikit sulaman samada di lengan sahaja tanpa bawah baju atau lengan bersama bawah baju corak yang sama,,,,so kepada mereka yang betul2 berminat ayuh hubungi DJ segera,,,,,
terima kasih
Kod Sulaman C18 014

Kod Sulaman C18 013

Kod Sulaman C18 011

Kod Sulaman C18 010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...