Followers

Friday, October 8, 2010

CORAK SULAMAN

Salam Ziarah Semua,,,,kali nie DJ ingin kongsi corak sulaman yang ada dalam simpanan/koleksi DJ,,,semua corak yang dipaparkan ini sesuai untuk sulaman di baju kurung amat cantik bila disulam dilengan dan juga bahagian bawah baju,,,,kepada yang berminat bolehlah menempahnya,,,,,biasala dengan menghubungi DJ melalui email yang tertera di blog ini,,,,ok jom sama-sama kita tengok,,,,corak yang dipaparkan ini ialah daripada koleksi 18 part 1
Kod C18 001

Kod C18 002

Kod C18 007
Sulaman Jari Hantu

C18 006
Sulaman Jari Hantu

HEBATNYA DIA,,,,


Suasana majlis dan kelihatan guru-guru sempat berposing sebelum tetamu datang...


Anak2 Pkhas sedang menanti untuk menonton persembahan daripada rakan-rakan yang sama dengan mereka,,,


Post istimewa daripada pelajar-pelajar yang membuat persembahan pada hari tersebut...

Salam Satu Malaysia buat tetamu yang disayangi,,,,,Hari nie DJ ingin berkongsi tentang majlis yang DJ hadiri semalam iaitu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pendidikan Khas Integrasi 2010 sekolah tempat DJ bertugas...Senang cerita DJ salah seorang yang turut terlibat dalam menjayakan majlis tersebut...Apa yang memberi pengajaran kepada diri DJ ialah tentang kehebatan anak-anak didik Pendidikan Khas yang menunjukkan bakat dalam diri masing-masing, mereka juga mempunyai bakat sama dengan kita yang sempurna.Dalam majlis tersebut terdapat beberapa buah sekolah berhampiran mengadakan persembahan,,,menarik sungguh persembahan yang mereka adakan sehingga ada dikalangan tetamu yang hadir dalam majlis tersebut menitiskan air mata,,,,begitu juga dengan DJ terharu sungguh rasanya kerana seorang murid yang cacat penglihatan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan nyanyian sola, nyanyian lagu-lagu nasyid oleh pelajar sekolah menengah (Masalah Pembelajaran) dan tarian oleh kanak-kanak cacat pendengaran. Hebat sungguh mereka, walaupun serba kekurangan tetapi mampu melakukan yang terbaik seperti mereka yang normal,,,,besarnya kekuasaan yang Maha Esa memberi kesedaran kepada kita semua,,,,semoga mereka yang berada di majlis tersebut sedar dan insaf tentang kebolehan anak-anak istimewa ini,,,,,,agar tidak memandang sebelah mata,,,,,

Wednesday, October 6, 2010

CORAK SULAMAN

Selamat Bertamu buat semua yang sudi berkunjung keteratak DJ nie,,,,terima kasih diucapkan atas sokongan semua....hari ini DJ ingin berkongsi koleksi corak sulaman yang DJ ada,,,,sedia untuk disulam sesuai untuk sulaman dibaju, tudung atau tuala,,,,warna setiap sulaman boleh diubahsuai mengikut selera sendiri,,,,warna yang diberi sekadar contoh sahaja,,,,,Jom sama-sama kita tengok contoh sulaman......



Tuesday, October 5, 2010

KAIN SEPRAH

Kali nie,,, DJ ingin berkongsi 2 corak kain yang telah DJ beli untuk dibuat seprah. Telah ditempah oleh sahabat DJ, juga untuk koleksi DJ sendiri,,,,namun begitu apabila dua orang lagi sahabat DJ inginkan corak kain yang sama....maka kain yang DJ ada terpaksa dibahagi untuk 3 orang,,,,,harap-harap semuanya berpuas hati dan gembira dengan hasil kerjatangan DJ,,,,terima kasih sahabatku kerana sentiasa memberi sokongan,,,,,


Gabungan dua warna kain untuk dijadikan seprah,,,,untuk sahabat DJ dan untuk koleksi DJ sendiri,,,,harap2 seprah kali nie tak terkorban lagi,,,,,


Seprah untuk Cikgu Aini,,,,bila naik rumah baru nanti bolehlah gunakannya yee,,,,hamparan buat tetamu istimewa....

BUAT SAHABAT YANG DISAYANGI

Selamat Bertamu Buat semua,,,,DJ paparkan beberapa sulaman tuala yang DJ hadiahkan untuk teman-teman atau sahabat DJ yang melansungkan perkahwinan serta mendapat baby,,,,,
Sulamannya simple sahaja,,,,maklumlah kenkangan masa yang DJ ada terbatas untuk membuatnya......Kepada semua sahabat dan saudara semua DJ doakan semoga kalian semua bahagia dan diberkati olehNYA selalu....Amin... Jom sama-sama kita layan gambar nie yeeeeee,,,,,


Tuala nie dihadiahkan kepada adik kepada adik ipar DJ yang melangsungkan perkahwinan
baru-baru ini,,,,


Ini pula sulaman untuk sahabat satu sekolah dengan DJ yang juga melangsungkan perkahwinan pada Julai lepas tetapi hadiahnya sahaja yang baru diberi ,,,,maafnya Ros ,,,,,semoga berbahagia hendaknya,,,,


Sulaman untuk sahabat DJ yang baru menimbang cahaya mata.....


Sulaman untuk saudara terdekat suami yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ini


Sulaman untuk anak sepupu DJ yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya,,,,

Monday, October 4, 2010

SULAMAN JARI HANTU

Salam Kembali Terjalin,,,Hari nie DJ ingin paparkan dua pasang baju yang telah ditempah oleh sahabat DJ baru-baru ini,,,,Sulaman Jari Hantu kata kebanyakan orang yang memberi gelaran kepada sulaman jenis ini ....Sulaman dikedua-dua baju ini telah DJ ubah suai sedikit mengikut kehendak tuanpunya baju,,,,,jom sama-sama kita lihat,,,,,

Antara koleksi Sulaman Jari Hantu yang DJ telah siapkan untuk 2 orang adik beradik.....
Kedua-dua bajunya disiapkan selepas Sambutan Aidilfitri kerana tuannya memahami dengan kesuntukan masa yang DJ ada sebelum Hari Raya,,,,Terima kasih Kak La kerana sudi memahami masa yang DJ miliki,,,,,

LAMANYA TAK BERSUA

Salam Ramadhan telah berlalu dan salam Aidilfitri semakin beransur pergi...sambutan ditahun hadapan belum pasti lagi....moga-moga ditahun hadapan dapat berjumpa lagi...lama benar rasanya DJ tak bersua di layar IT nie,,,,sibuk sikit dengan urusan harian yang bermacam-macam,,,nak diceritakan tak habis satu buku,,,,biasalah kerja orang perempuan semua tahu dan sama aje,,,,,tambah-tambah lagi baru-baru nie anak DJ menghadapi peperiksaan UPSR, so maknyalah yang sibuk menghantar dan mengambil kelas sepanjang hari,,,,ditambah pula dengan kerja-kerja jahit menjahit dan sulam menyulam sempena hari raya Aidilfitri,,,sekarang masih lagi rasa bahang kesibukan,,,,sibuk pula dengan menjahit baju sendiri dan anak-anak yang tak tertangguh untuk disiapkan sebelum aidilfitri baru-baru nie,,,banyak gambar yang sedia menunggu giliran untuk dipaparkan disini,,,,nanti bila keadaan kembali normal bolehlah DJ updetkan.....apa-apa pun selamat kembali bersua,,,,,semoga kalian semua gembira dan sama-sama kita dirahmati allah selalu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...