Followers

Monday, August 23, 2010

MASIH DENGAN SULAMAN BAJU

Salam Ukhwah buat semua tetamu...masih dengan sulaman baju lagi, maklumlah musim perayaan katakan...Disini giliran baju anak kawan DJ pula yang omenghiasi teratak DJ ini....Corak sulaman sama dengan beberapa helai baju sebelum ini kerana tuan punya baju berminat dengan corak sulaman ini,,,DJ ikut saja kehendak pelanggan, biar mereka puas hati dengan pilihan mereka sendiri,,,warna bunga DJ gunakan hitam kerana ianya berpadanan dengan warna kainnya bercorak hitam,,,baju ini telah selamat berada ditangan tuannya,,,,dengan harapan semoga berpuas hati dengan hasil tangan DJ,,,,,terima kasih kerana mempercayai DJ untuk menyiapkan sulaman tersebut,,,,,,,,,,,,,



Thursday, August 19, 2010

SULAMAN BAJU

Salam Ramadhan,,,lamanya tak update blog nie,,,DJ sibuk sikit dengan kerja-kerja sulaman dan jahitan yang diperlukan sebelum akhir ramadhan,,,,walau apa pun kerja-kerja akan dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan,,,, pada entri kali ini DJ ingin berkongsi sehelai baju yang telah disulam oleh DJ untuk Cikgu T,,,sulaman kali ini DJ buatkan ditangan sahaja atas permintaan, warna bunga mengikut warna kain baju tersebut ....sulaman bunganya juga simple atas permintaan,,,,baju nie telah selamat diserahkan kepada tuanya,,,,semoga berpuas hati dengan hasil kerja tangan DJ,,,terima kasih Cikgu T atas sokongan,,,,
Layan gambar nie yeeeee,,,,,,,,,,,,,

Tuesday, August 10, 2010

Salam semua,,,,,DJ sekadar postkan contoh sulaman yang boleh disulam atas tuala,,,,
layan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,gambar yang tak seberapa ini,,,,,,,,,,,,




SULAMAN BAJU

Salam sejahtera buat semua,,,DJ ingin kongsi kerjatangan yang telah DJ siapkan dua minggu lepas dan baju ini telah selamat diserahkan kepada tuannya,,,yang berada di Kedah, anak saudara kepada rakan guru di sekolah DJ,,,pilihan dan susun atur bunga mengikut citarasa DJ sendiri atas kepercayaan tuan baju juga,,,,,bunga -bunga yang disulam pada hadapan baju dan lengan adalah hasil ubah suai bunga yang terdapat dalam koleksi Epal,,,harap-harap tuan punya baju berpuashati dan dapat merayakannya dengan penuh kegembiraan,,,,katanya baju untuk raya tahun 2010,,,awalnya baju raya dia siap,,,,DJ punya baju,,,,kainnya masih tersimpan dengan elok dalam plastik,,,,entah bila siap tak ada jawapannya,,,,biasalah tukang jahit,,,,


Sulaman pada hadapan baju dan kedua-dua belah lenggan,,,,


Pandangan sulaman hadapan baju,,,coraknya DJ susun ikut penjuru baju,,,pilihan warna bunga mengikut warna corak kain baju tersebut


Sulaman bunga pada hadapan dan belakang baju (keliling) serta kedua-dua belah lenggan,,,pilihan warna bunga ikut warna kain baju tersebut

Monday, August 9, 2010

SULAMAN BUNGA-BUNGAAN


Salam ukhwah semua tetamu,,,,kali ini tidak ada apa yang hendak dikatakan hanya sekadar ingin berkongsi ideal dan kreativiti yang telah disiapkan untuk tempahan seorang sahabat DJ,,,baju raya anak perempuan tunggalnya,,,,corak dan susun atur bunga atas kreativiti DJ sendiri,,,,,DJ telah mengubah suai bunga yang ada menjadi lebih menarik seperti gambar dibawah,,,,terima kasih Cikgu Halina kerana memberi kepercayaan kepada DJ untuk mengatur serta menghias baju anak perempuannya,,,,,


Sunday, August 8, 2010

MASIH CERITA BAG

Salam blogger buat semua,,,kali ini DJ ingin berkongsi sebahagian bahan kraf yang telah disiapkan beberapa minggu lepas menunggu giliran untuk dipostkan gambarnya,,,kebanyakkan bag adalah hampir sama dengan bag yang telah DJ siapkan sebelum ini mengikut kehendak pelanggan,,,ada juga tergerak dihati DJ untuk membuat design lain/baru tetapi tempahan yang dibuat sebelum ini masih ada yang setia menunggu giliran,,,,,insyaallah setelah siap semua tempahan sebelum ini DJ akan cuba design lain pula,,,,apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada DJ selama ini,,,,,


Bekas pensil untuk murid-murid sekolah,,,,siap dengan nama individu atau nama idola mereka


Bag pelbagai guna,,,sesuai untuk diletakkan alat mekap wanita atau apa sahaja mengikut citarasa sendiri,,,telah ditempat oleh guru-guru SK. Islah KB....

Bag unjang ini bersaiz besar mengikut saiz yang diberikan oleh tuan punya bag,,,bag ini digunakan untuk membawa bekalan ke sekolah,,,,,

Wednesday, August 4, 2010

BAG UNTUK HASIF

Salam sejahtera buat semua tetamu...hari nie DJ ingin kongsi hasil yang DJ siapkan pada hujung minggu lepas,,,Bag tote untuk cucu seorang sahabat satu pejabat dengan my hubby,,,Mohd Hasif nama babynya,,,,Bag nie pelbagai guna, ianya sesuai untuk letak barang-barang baby semasa aktiviti luar dan boleh dibasuh serta tahan lasak,,,DJ gunakan kain cotton disebelah luar dan dilekatkan dengan kain gam tebal yang digunakan untuk buat bag,,,Bag ini tidak dijual, tetapi DJ jadikan sebagai cenderamata sempena dapat baby baru,,,semenjak DJ berjinak-jinak dengan dunia jahitan dan sulaman nie,,,,semua hadiah untuk baby atau pengantin atau apa-apa kenduri kesyukuran,,,mesti barangnya yang berkaitan dengan hasil kraftangan,,,samada bag, tuala, seprah atau apa-apa sahaja yang sesuai dengan sesuatu majlis yang dihadiri,,,,,rasa syukur sangat kerana masih berpeluang untuk menikmati hobi yang sememangnya minat sejak dulu-dulu lagi,,,syukur padaNYA kerana masih diberi kesempatan,,,,


Pandangan dalam bag,,,dua poket,,1 berzip dan 1 poket terbuka,,,sebelah dalam bag di alas menggunakan kain kosong...


Bag ini dibuat khas untuk Hasif...Sulaman pada badan bag

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...