Followers

Wednesday, August 4, 2010

SULAMAN TUDUNG


Salam 1Malaysia,,,buat semua para tetamu,,,kali nie DJ ingin sekali lagi berkongsi tudung bawal yang telah disulam dengan sulaman bunga penuh,,,tudung nie disulam semasa dalam proses belajar menyulam suatu ketika dulu,,,tudung milik koleksi DJ sendiri,,,bagi yang berminat boleh hubungi DJ melalui email,,,,terima kasih

Monday, August 2, 2010

Cerita Alas Meja Bersulam

Selamat berkunjung ke teratak DJ...kali nie giliran DJ nak kongsi alas meja makan pulak,,,alas meja nie kepunyaan sahabat satu sekolah dengan DJ,,,,saiznya agak besar jugak walaupun untuk kerusi 6, tapi DJ labuhkan sedikit,,,,bahagian tepi DJ jahitkan renda yang sedondong dengan warna kain,,,,pilihan bunga sulam dan warna atas kehendak tuan punya,,,,,cuma DJ tambahkan sedikit apa yang patut agar nampak lebih menarik,,,,telah diserahkan kepada tuannya dan mungkin akan digunakan untuk menyambut Aidilfitri tahun ini,,,,,Jom kita tengok,,,,

UBAH SUAI BAG


Bag asal,,,hanya ada tali ditepi sahaja,,,,bila nenek Fahim tengok,,,,minta letakkan tangkai diatasnya,,,,untuk tutup kesan jahitan,,,DJ letakkan sedikit ropol,,,


Bag yang telah diubah suai....
Bag nie simple sahaja,,,,bolehlah untuk letakkan satu dua barang,,,,buat pergi tempat dekat dalam tempoh singkat,,,

Salam semua...tak tahu nak cakap apa,,,,sebenarnya DJ ingin berkongsi satu bag yang telah diubah suai atas permintaan nenek tuan punya bag,,,, puas jugak DJ termenung cari ideal macam mana nak mulakan memandangkan ianya telah sempurna siapnya....fikir punya fikir,,,jadilah seperti dalam gambar nie,,,,nampak ok jugak bila dah siap,,,,,

Sunday, August 1, 2010

KOD BANNER


Salam blogger buat semua. Hari ini DJ sempat belajar sesuatu yang baru dari seorang sahabat DJ...merekacipta kod jaya script untuk banner blog DJ,,,,sehubungan dengan itu sesiapa yang berminat untuk meletakkan di dalam blog masing-masing,,,,,amat-amat dialu-alukan dengan iringan ucapan yang biasa kita ucap,,,,terima kasih. Tarima kasih banyak2 Cikgu Anis kerana telah berkongsi ilmu dengan DJ,,,,,dah lama sebenarnya DJ cari ilmu nie,,,,ha sekarang dah jumpa,,,,suka sangat,,, Jom letakkan banner blog DJ ke blog anda ........terima kasih

Saturday, July 31, 2010

SULAMAN SILANG PANGKAH BUNGA-BUNGAAN


Salam ukhwah buat semua....Kali ini DJ ingin berkongsi sulaman silang pangkah yang telah disiapkan untuk tempahan sahabat DJ pada asalnya,,,tetapi kerana berkenan dengan bungannya terus DJ buatkan untuk diri sendiri,,,,pengalaman menyulam bunga ini amat rumit sekali kerana ianya memerlukan lebih daripada 5 warna benang serta memerlukan ideal untuk mengabungkan bunga dan juga daun agar menjadi seperti yang tertera dalam gambar tersebut,,,,oleh kerana minat punya pasal,,,,DJ sanggup,,,,Baju ini disulam bersama-sama dengan tudung,,,sedondong lagi,,,,

Friday, July 30, 2010

BILA DJ SIBUK, SIBUK DAN SIBUK

Salam blogger buat semua tetamu,,,lamanya tak jengok kat blog nie,,,mungkin dah masuk habuk kut,,,DJ agak kesibukan sejak akhir-akhir nie,,,kerja-kerja menjahit dan menyulam juga agak pelahan,,,tapi mulai hari ini DJ akan kembali kemaskini blog nie,,,,banyak lagi gambar sulaman dan kerjatangan menunggu giliran untuk dimuatkan disini,,,tunggu, tunggu dan tunggu,,,

Sunday, July 18, 2010

BUKAN CERITA SULAMAN

Salam Blogger buat semua tetamu. Tengok pada tajuknya begitu pelik sekali. Tapi memang betul hari ini DJ akan bercerita tentang sesuatu yang tidak ada kaitan langsung dengan sulaman mahupun jahitan. Cerita tentang perkhemahan DJ masih belum habis lagi. Syukur alhamdulillah akhirnya tamat juga perkhemahan unit uniform disekolah DJ dengan jayanya. Apa yang DJ cukup terharu sekali sepanjang sesi perkhemahan tersebut adalah semasa sesi pertandingan memasak. Untuk makluman semua DJ adalah guru penasihat kepada Unit Beruniform Persatuan Bulan Sabut Merah (PBSM).
;;;;;; Sebelum bermulanya sesi perkhemahan DJ telah melatih, membimbing dan mengajar murid-murid DJ untuk pertandingan memasak tersebut,,,,,,, 3 hari berturut-turut DJ bertungkus lumus mengajar, membimbing mereka dalam memasak nasi putih dan sambal tumis sardin ....... menggunakan dapur kayu.....susah tak payah ceritala dengan dapur kayu nie,,,,tapi demi semangat murid-murid usaha tetap diteruskan,,,,semasa sesi latihan ini DJ tidak keseorangan tetapi dibantu oleh seorang guru lagi,,,,iaitu Cikgu Ida,,,,
Maka dihari pertandingan sebenar,,,,guru-guru tidak dibenarkan sama sekali berada disekitar tempat murid memasak,,,DJ akur dengan peraturan yang ditetapkan,,,,,namun begitu 40 minit sebelum masa pertandingan tamat,,,,,salah seorang murid DJ berlari-lari kepenatan mencari DJ memberitahu periuk masak nasi telah tumpah di atas dapur,,,,,apa lagi rasa gelap dunia nie,,,,DJ pun dengan rasa yang agak hampa dan kesian berlari-lari anak berkejar ketempat pertandingan,,,,sesampai disana memang betul nasi yang sedang mendidih telah tumpah,,,,api telah padam dan sardin masih belum dimasak lagi,,,,kira punya kira dengan masa yang ada memang sah tak cukup masa kerana untuk menghias masakan /hidangan pun mengambil sedikit masa,,,,,
Setelah berbincang dengan para juri,,,,mereka membenarnya DJ hidupkan api semula,,,,,tanpa melenggah masa maka hidupla api untuk murid menyambung masakannya.....DJ beredar dari tempat tersebut...kerana bimbang murid rasa tidak selesa bila DJ berada disitu kerana bagi mereka mungkin DJ akan memarahi mereka,,,,tapi tak mungkin DJ berbuat begitu kerana objektif utama pertandingan memasak bagi DJ bukan kemenangan semata-mata tapi pengalaman, kerjasama, tolenrasi dan cara pengurusan kehidupan bila dalam kesusahan,,,,
tak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit,,,,
Berkat kesabaran serta keerjasama dikalangan mereka akhirnya siap juga masakan tersebut,,,,DJ kembali semula ketempat mereka memasak tepat jam 11.15 pagi,,,alangkah terkejutnya DJ kerana apa yang DJ ajar sebelum ini dapat dibuat oleh mereka dengan begitu baik sekali,,,terharu DJ dibuatnya,,,,,
Apabila tiba masa para juri membuat lawatan kali kedua hati berdebar-debar sekali,,,,,dalam masa yang sama DJ dengarlah beberapa komen positif yang diberi,,,,,
Keesokannya tiba masa mengumumkan keputusan,,,,dalam hati DJ berbicara sendiri,,,andai tidak mendapat tempat 1,2 atau 3 sekalipun,,,,DJ amat berpuas hati kerana DJ telah bertungkus lumus membimbing mereka sebelum ini,,,,,namun betullah kata orang,,,bila sesuatu pekerjaan itu dibuat dengan penuh keikhlasan,,,,insyaallah akan mendapat balasan yang setimpal dengan usaha yang dibuat,,,,Kumpulan DJ mendapat tempat PERTAMA,,,,,,mesti gembira murid-murid DJ kerana mendapat banyak pengalaman yang tidak boleh dibeli dimana-mana,,,,akhirnya jumpa lagi dipertandingan memasak untuk perkhemahan ditahun 2010.....maka bermula hari ini DJ akan kembali meneruskankerja-kerja sulaman dan jahitan yang tertangguh selama seminggu,,,,,


Murid-murid DJ bergambar kenangan dihadapan masakannya....hidangan dan cara hias mereka buat sendiri dengan kerjasama antara satu sama lain...Tahniah murid-muridku,,,,,


Kelihatan para juri sedang membuat lawatan ke gerai PBSM yang mengidangkan ala Kopitiam gitu,,,,


Kelihatan para juri sedang merasa masakan ,,,,sedap katanya,,,,lauk sardin masak merah diletakkan dalam buah labu,,,,nasi diletakkan dalam mangkuk dengan menggunakan 'chokstick' (kalau salah ejaan harap maaf)...terkial-kial juga para juri semasa menjamu selera,,,,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...