Followers

Saturday, June 26, 2010

BUKU CATATAN


Salam ziarah buat semua tetamu. Pada hari ini DJ ingin berkongsi sarung buku catatan yang telah direka oleh DJ sendiri untuk kegunaan sendiri sahaja pada mulanya. Namun apabila dilihat oleh rakan-rakan yang meminati bahan kraf diminta buat untuknya,,,,secara tak langsung jadi salah satu produk jualan,,,apa2 pun rezekilah tu namanya,,,syukur padaNYA,,,

RUJUKAN DJ

Salam sejahtera. Kali ini DJ ingin berkongsi beberapa buah buku yang ada dalam simpanan DJ sebagai bahan rujukan utama atau sebagai koleksi untuk menambah ilmu yang lebih mendalam dalam dunia jahitan dan sulaman. Ilmu serta pengetahuan yang DJ ada dalam dunia jahitan dan sulaman ibarat setitis air dilautan,,,masih banyak yang perlu dipelajari,,,,dipelajari dan dipelajari,,,insyallah

Buku sulaman pertama dibeli ....ketika itu belum ada mesin jahit lagi...oleh kerana terlalu minat beli juga...dengan harapan suatu hari nanti DJ akan boleh menyulam....

Buku dibeli untuk menambah ilmu dalam bidang jahitan



Buku asas sulaman manik dibeli oleh suam...ketika ini masih belum boleh menjahit dan belum ada mesin jahit

Juga dibeli oleh suami....tika ini belum kenal dunia sulaman dan jahitan mesin

Dah lama impikan buku ini...alhamdulillah akhirnya dapat juga
Satu-satunya buku Quilt yang DJ ada


Buku ini telah diahadiahkan oleh seorang kawan DJ...istimewa sekali dan terima kasih kepada kawan yang menghadiahkannya semoga sentiasa mendapat keberkatan hendaknya,,,



Buku ini dibeli untuk memenuhi hasrat dan minat yang telalu mendalam dalam jahitan walaupun tidak semua dipraktikkan

Buku ini juga dibeli oleh suami sebelum DJ mengenali dunia jahitan dan sulaman

Thursday, June 24, 2010

PUTIH ITU KETENANGAN

Salam muhibbah buat semua. Pada kesempatan yang ada hari ini DJ ingin berkongsi sejadah putih yang amat sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan tanpa gangguan corak yang pelbagai semasa menjalankan ibadah kepadaNYA. Sebenarnya sejadah ini diminta oleh seorang rakan guru untuk dibuatkan kepadanya. Oleh itu diakhir penghujung cuti sekolah minggu lepas DJ sempat siapkan satu sejadah putih untuk sample.....sejadah ini tidak boleh diberikan kepada sesiapa kerana DJ ingin jadikan contoh kepada rakan-rakan yang lain,,,,Bagi mereka yang berminat untuk menempahnya boleh hubungi DJ ,,,,,,, seperti biasa .....Kepada Pn. Nurulaini dan Pn. Marlini harap bersabar, insyaallah DJ akan siapkan dalam masa terdekat,,,,terima kasih.....

Wednesday, June 23, 2010

SULAMAN SEDONDON

Salam buat semua tetamu. Di kesempatan yang ada ini DJ ingin berkongsi hasil sulaman sedondon antara baju dan tudung yang telah disiapkan oleh DJ untuk tempahan rakan dan juga untuk koleksi DJ sendiri. Kepada mereka yang inginkan kelainan dalam sulaman baju dan tudung,,,sulaman ini amat sesuai sekali. Sama-sama kita tengok. Amat menarik, cantik dan istimewa,,,, Banyak lagi sulaman sedondon yang akan DJ kongsi pada masa akan datang....Tunggu....Pada mereka yang berminat boleh hubungi DJ untuk keterangan selanjutnya.....Terima kasih.

Sulaman Tudung untuk koleksi DJ,,bunga diambil dari internet

Sulaman baju telah digabungkan antara corak sulaman koleksi Epal dan corak internet,,,,corak internet telah diubah suai untuk nampak sedikit kelainan dari yang lain...Sedondong dengan antara baju dan tudung...


Sulaman baju, kain dan tudung sedondon untuk tempahan sahabat DJ ,,,Noraini....Corak bunga telah dipilih oleh DJ sendiri atas permintaan tuan empunya baju ,,,,Harap tuan punya gembira dengan hasil yang telah disiapkan oleh DJ ini....

Tuesday, June 22, 2010

BAG PELBAGAI FUNGSI

Salam pertemuan buat semua pengunjung, semoga kita semua berada dalam limpahan rahmatNya sentiasa. Pada entri kali ini DJ ingin berkongsi beberapa bag pelbagai fungsi yang telah disiapkan untuk tempahan rakan-rakan. Bag ini boleh digunakan mengikut kesukaan tuan empunya bag. DJ telah siapkan dalam dua saiz yang berbeza mengikut kehendak pelanggan. Semoga tuan empunya suka dengan hasil DJ ini.

Tempahan dari rakan kepada rakan DJ untuk hari jadi ibunya,,,Selamat Hari Jadi Ibu dari DJ juga

Tuan empunya bag seorang guru...mungkin dijadikan bekas pensil kot,,,

Bag ini dihadiahkan kepada seorang guru (pensyarah) oleh seorang anak didik

Monday, June 21, 2010

SULAMAN TUDUNG

Selamat berkunjung kepada semua tetamu yang budiman. Paparan kali ini DJ ingin berkongsi sulaman tudung yang telah DJ siapkan untuk beberapa orang rakan yang menempah. Bunga serta design telah dipilih dan disusun atur oleh DJ sendiri atas kepercayaan mereka yang menempahnya. Jom kita sama-sama melihatnya,,,,,,




Susun atur bunga hingga ke penghujung tudung,,,,Tudung seorang Nurse di USM

Bunga hampir sama dengan tudung diatas tetapi bunga besar telah diubah....Tudung milik seorang ibu kepada anak murid di sekolah DJ

Tudung ini milik anak kepada Cikgu Fasidah di sekolah DJ,,, Sulaman bunga diubah suai daripada sulaman/bunga untuk lengan baju. Bunga dan warna sulaman hampir sama dengan bunga baju untuk padanan tudung ini,,,Harap tuan empunya menyukainya,,,

Saturday, June 19, 2010

KERANA SEORANG SAHABAT

Salam berkunjung kepada semua tetamu. Kerana seorang sahabat maka siaplah 2 helai seprah Istimewa yang telah tertangguh jahitannya selama hampir setahun. Pada mulanya seprah ini DJ potong kainnya untuk kegunaan rumah DJ sendiri yang mana padanan bunga tepi dikain seprah hampir sama dengan set kerusi makan, lapik pinggan makan dan juga set pinggan makan kat rumah DJ. Seprah nie juga asalnya akan digunakan untuk pertandingan memasak murid-murid sekolah DJ nanti. Namun dek kerana kesuntukan masa DJ lenggahkan untuk siapkannya. Oleh kerana panggilan telefon rakan menjemput ke kenduri menduduki rumah barunya membuatkan DJ termenung panjang apa yang patut dihadiahkan sebagai tanda kenangan untuknya. Fikir punya fikir teringatlah seprah yang hanya dipotong sahaja tetapi belum jahit lagi,,,maka dalam masa 4 jam siaplah hadiah istimewa ini untuk seorang sahabat yang pernah belajar bersama suatu masa dahulu(DJ lebih suka hadiahkan hasil kerja tangan sendiri) ,,,,,untuk kegunaan dirumah DJ, akan DJ usahakan untuk mendapatkan bunga kain tepinya hampir sama dengan bunga seprah istimewa ini,,,,,, harap Cikgu Aini menyukainya sebagai tanda ingatan sepanjang hayat,,,,,,Tahniah dan syukur padaNYA kerana telah berjaya memiliki rumah idaman,,,,,

Seprah Istimewa untuk seorang yang bernama sahabat

Pandangan antara 2 penjuru yang berbeza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...