Followers

Wednesday, June 16, 2010

LAGI CERITA BAG

Pada minggu lepas dan minggu ini DJ dapat menyiapkan beberapa bag yang telah ditempah oleh rakan-rakan sebelum ini. Ini kerana minggu cuti persekolahan membolehkan DJ ada banyak masa untuk mengadap mesin jahit sambil menjaga 2 orang puteri yang amat nakal serta 1 orang putera dan sekaligus menyiapkan tempahan rakan yang dah agak lama tu. Pada entri kali ini DJ ingin berkongsi bag jerut yang ditempah oleh Cg. Elie untuk anak daranya Tisya. Kali nie DJ telah ubah suai sedikit bag jerut daripada yang biasa sebelum ini iaitu DJ telah membuat satu poket terbuka di dalam bag,,,,,Harap2 Cg. Elie suka, bag nie akan diserahkan apabila sekolah dibuka minggu depan,,sabar,,,jom kita tengok ,,,,


Pandangan dalam bag,,,1 poket terbuka di sisi bag sebelah dalam,
dilapisi dengan span dan 2 keping kain

Pandangan depan bag jerut,,,(abaikan pandangan belakang)

Monday, June 14, 2010

SULAMAN TUALA

Salam pertemuan kembali buat pengunjung yang dihormati. Pada entri kali ini DJ ingin berkongsi hasil sulaman yang telah DJ siapkan untuk hadiah pengantin baru serta cenderahati untuk guru. Bagi mereka yang berminat boleh hubungi DJ melalui Email yang tertera. Terima kasih dan jumpa lagi di entri seterusnya,,,

Sulaman Doa untuk pengantin baru


Cenderahati untuk guru

Sulaman Doa untuk pengantin baru

Saturday, June 12, 2010

SULAMAN TUDUNG DAN BAJU

Salam Blogger kepada semua tetamu. Pada kali ini DJ ingin berkongsi tudung dan baju yang telah disulam oleh DJ untuk tempahan sahabat DJ. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi DJ melalui Email untuk sebarang pertanyaan dan tempahan....Jom tengok,,,,

Tudung yang ditempah oleh Cikgu Ayuni untuk mertuanya,,,,
harap tuan empunya menyukainya

Baju yang ditempah oleh Cg. Norizam untuk anak perempuan tunggalnya,,,

Tudung untuk seorang sahabat,,,,,Noraini..........

Wednesday, June 9, 2010

SELAMI DUNIA JAHITAN

Salam Ukhwah semua. Pada kali ini DJ ingin berkongsi beberapa projek Epal yang telah disiapkan oleh DJ pada permulaan menyelami dunia jahitan suatu ketika dulu di tahun 2008. Ada sesetengah projek yang DJ siapkan tidak diguna pakaipun oleh DJ kerana terlalu sayang dan kadang kala tidak mempercayainya bahawa DJ dapat menyiapkannya. Walau apapun dengan belajar menyiapkan produk tersebutlah yang banyak memberi ilmu jahitan dan sulaman kepada DJ sehingga mampu dan berani mengambil tempahan dari rakan-rakan dan juga saudara terdekat,,,, Terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru yang mengajar di Pusat Kraftangan Epal Kota Bharu dan tidak dilupakan suami dan anakanak yang terlalu banyak memberi galakan, sokongan dan dorongan...Jom tengok hasil tangan dulu-dulu,,,kadang-kadang rasa nak ketawa pula melihatnya,,,,,,

Bag tangan yang amat selesa digunakan, terutama ketika sibuk,,,mudah dibawa ke mana-mana. Hajat nak buat satu lagi,,,tapi sehingga hari ini belum munculpun lagi,,,,

Bag dan kasut yang tdak digunakan sehingga hari ini kerana ,,,sayang,,,,,,,,



Bakul serbaguna masih elok digunakan sehingga hari ini

Alas meja sepanjang zaman digunakan ketika musim perayaan sahaja,,,

Monday, June 7, 2010

PEMBANTU PERIBADI

Salam Ziarah semua. Kesempatan yang ada nie, DJ nak berkongsi koleksi mesin jahit yang amat membantu DJ dalam menyiapkan produk yang dihasilkan. Rasanya dah cukup untuk setakat hari ini dan seterusnya. DJ tak boleh menambah koleksi mesin jahit lagi kerna tidak ada ruang untuk menempatkannya ....rumah DJ nie sempit je,,,,, Walauapapun jom tengok,,,


Mesin Jahit yang pertama dibeli oleh suami secara kejutan,,,,Penghujung tahun 2007. Banyak kenangan bersamanya. DJ mula berjinak dalam bidang jahitanpun dengannya,,,,Masih elok hingga kini dan tak pernah memberi sebarang masalah kecuali sekali sekala tambah minyak untuknya,,,,kesian dia pun nak minum jugak,,,dahaga banyak sangat buat kerja untuk tuannya,,,

Mesin sulam dibeli setelah puas berbincang dan mesyuarat bersama suami,,,Hampir 4 bulan berada dalam kotak setelah dibeli kerana kurang yakin untuk menggunakannya,,,Tetapi kini dialah yang tak pernah berhenti bekerja untuk tuannya,,,,Tak boleh berpisah lama dengan tuannya,,,,Dibeli pada awal tahun 2008,,,,,

Mesin jahit tepi juga dibeli pada tahun 2008,,,banyak membantu dalam menyiapkan produk dengan tak banyak kerenah kecuali benangnya aje yang agak manja sikit,,,mudah putus,,,,tapi tak apa, itukan kesilapan tuannya juga,,,mungkin agak ganas dengannya,,,,

Ini mesin yang baru dibeli pada perengahan Mei 2010,,,Lebih kurang dengan mesin yang pertama dibeli tetapi lebih dan banyak program lagi,,boleh membuat kerja-kerja berat. Memerlukan latihan yang banyak untuk mengendalikannya secara maksimum,,,,Tuan empunya diri akan peruntukkan sedikit masa untuk mempelajarinya di Pusat Kraftangan Epal,,,,Insyallah,,,

Wednesday, June 2, 2010

TUDUNG DAN BAG

Bunga Jarak Dekat

Tudung Cikgu Shimah,,,harap2 tuan empunya diri berkenan dengan corak yang dipilih oleh DJ
Corak bunga sulaman yang DJ buat bersesuaian dengan corak dan warna kainnya

Bag pelbagai guna yang ditempah oleh Cikgu Salmani untuk diri dan anak-anaknya....


Lagi bag fardu ain untuk anak-anaknya,,,,


Selamat berkunjung ke Teratak DJ. Kali ni DJ nak berkongsi beberapa projek yang telah berjaya disiapkan dalam beberapa hari ini. Sehelai tudung kepunyaan Cikgu Shimah (corak dan warna sulaman yang DJ buat sesuai dengan warna serta corak bunga kainnya) dan beberapa buah bag kepunyaan Cikgu Salmani iaitu bag berzip saiz kecil (satu cabaran untuk menyiapkannya kerana saiz yang kecil sukar untuk dijahit), serta 3 bag pelbagai guna (amat sesuai untuk diletak alatan mekap atau boleh juga dibuat bekas pensel,,,ikut suka selera hati,,,yang sesuai dengannya),,,Kepada kedua-dua cikgu, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada DJ untuk menyiapkan tudung dan bag itu,,,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...