Salam sejahtera dan terima kasih kepada para sahabat serta mereka yang tidak segan2 bertamu di teratak DJ ini...lama jugak DJ tidak bercoleteh disini,,,,bukan kerana malas tetapi kesuntukan masa yang teramat sangat.....ruang masa yang ada kali ini tanpa cerita panjang DJ ingin berkongsi Handbag yang DJ baru siapkan minggu lepas,,,,telah pun digunapakai bawa ke tempat kerja...bag yang DJ hasilkan kali ini mempunyai 6 poket diluar bag dan 2 poket didalam, 1 poket berzip dan 1 poket terbuka.....badan bag dijahit kuilting sepenuhnya(telah diubahsuai daripada design asal....mengikut kehendak dan kesesuaian untuk jangka masa panjang)....bag yang DJ hasilkan kali ini sedondong dengan dompetnya....apa2 pun layan je gambar nie......
Followers
Tuesday, March 29, 2011
Tuesday, March 22, 2011
SULAMAN BAJU
Salam sejahtera dan terima kasih buat para sahabat yang sudi bertamu di teratak DJ ini....terima kasih juga DJ ucapkan kepada sahabat atau rakan yang sudi memberi maklum balas untuk kebaikan bersama dari semasa ke semasa. Lama jugak rasanya teratak DJ ini tidak dihidangkan dengan cerita-cerita tentang dunia jahitan dan sulaman. Pada kesempatan yang ada kali ini DJ ingin berkongsi beberapa hasil sulaman yang telah DJ siapkan baru-baru ini dan telah selamat berada ditangan tuan empunya...
Sulaman hadapan baju sahaja dari bawah hingga paras dada....harganya RM 40.00
Sunday, March 13, 2011
Saturday, March 12, 2011
MINI SEJADAH
Salam sejahtera buat semua para tamu yang dirahmati.......lamanya DJ tidak bersua.....bukan niat mengundurkan diri cuma masa agak terbatas sibuk dengan kerja2 yang sentiasa tidak berkesudahan.......so masa yang ada hari ni dengan masa yang suntuk nie... DJ ingin berkongsi hasil kraf yang baru disiapkan untuk tempahan dari Pn. Hjh. Sara.....semoga beliau berpuashati dengan hasil yang telah DJ siapkan ini....apa2 pun terima kasih diucapkan atas tempahan yang diterima........jom tengok gambar>>>>>>

Subscribe to:
Posts (Atom)