Followers

Thursday, October 28, 2010

LAWATAN SEKOLAH

Salam Sejahtera....agak lama juga DJ menyepi dari berblog begitu juga dengan kerja-kerja jahitan dan sulaman....dalam 2 hingga 3 minggu nie minggu yang agak sibuk dengan kerja-kerja dan aktviti sekolah memandangkan penggal persekolahan akan berakhir tidak lama lagi,,,,so agak kalut sikit dengan kerja-kerja yang perlu dibereskan sebelum cuti sekolah bermula....pada masa yang sama banyak aktiviti luar bilik darjah yang belum diselesaikan perlu diadakan dalam masa terdekat....so apa-apa pun tugas yang diberikan insyallah akan dibereskan sepertimana yang diamanahkan....pada kesempatan yang ada ini DJ ingin berkongsi tentang aktiviti luar bilik darjah yang telah DJ sertai baru-baru ini bersama-sama anak didik DJ yang istimewa bersama ibubapa mereka...pada kali nie DJ telah membawa mereka semua melawat tempat perternakan ikan air tawar (ikan keli) di Pasir Mas Kelantan,mandi manda di kolam mandi, singgah makan dan solat zohor di Pantai Sri Tujuh Tumpat dan seterusnya ke Pusat Perniagaan Bebas Cukai Pengkalan Kubor,,,,sepanjang lawatan tersebut kelihatan anak-anak ini begitu gembira terutama apabila menaiki bas,,,,tidak pernah terhenti dari bertanya kemana kita cikgu,,,nak pergi mana,,,,nak singgah mana,,,,lama lagi ke boleh duduk atas bas,,,,lain kali boleh naik bas lagi ke,,,,lain kali saya mahu ikut cikgu lagi,,,,,dan bermacam-macam soalan yang dikemukakan....tak henti menjawab...lepas seorang bertanya seorang lagi yang akan bertanya,,,sehingga kadang-kadang soalan yang sama yang ditanyakan....kami semua bertolak dari sekolah tepat jam 9.00 pagi dan kembali semua ke sekolah jam 4.15 petang...kalau diikutkan badan memang memenatkan tetapi kepenatan hilang apabila diwajah mereka terpancar rasa gembira dan senang hati,,,,bermacam-macam telatah sepanjang lawatan tersebut...sesungguhnya mereka juga seperti kita yang sempurna ingin berjalan-jalan melihat dunia luar, bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, ingin disayangi dan mempunyai perasaan ingin tahu....walau apa pun DJ amat menyayangi mereka seperti anak-anak sendiri sesungguhnya siapalah seorang guru tanpa mereka kerana dengan adanya mereka maka mereka yang bergelar guru-guru Pendidikan Khas mendapat kerja dengan ditugaskan untuk membimbing dan mendidik mereka agar mampu berdikari apabila dewasa kelak,,,,insyallah...selepas ini ada satu lagi aktiviti yang akan diadakan sebelum cuti penggal bermula insyallah,,,,,tunggu............

Ketika mula-mula tiba diperkarangan tempat ternakan ikan keli,,,,Sykt. AZZ Marketing Kg. Bunut Susu Pasir Mas Kelantan


Murid-murid begitu seronok mandi manda di kolam mandi yang disediakan dalam kawasan kolam ikan keli tersebut


Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid sempat bergambar ditengah-tengah kolam ternakan ikan keli


Kelihatan ikan keli berebut makanan yang diberikan oleh anak didik DJ...

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...