Followers

Friday, October 8, 2010

HEBATNYA DIA,,,,


Suasana majlis dan kelihatan guru-guru sempat berposing sebelum tetamu datang...


Anak2 Pkhas sedang menanti untuk menonton persembahan daripada rakan-rakan yang sama dengan mereka,,,


Post istimewa daripada pelajar-pelajar yang membuat persembahan pada hari tersebut...

Salam Satu Malaysia buat tetamu yang disayangi,,,,,Hari nie DJ ingin berkongsi tentang majlis yang DJ hadiri semalam iaitu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pendidikan Khas Integrasi 2010 sekolah tempat DJ bertugas...Senang cerita DJ salah seorang yang turut terlibat dalam menjayakan majlis tersebut...Apa yang memberi pengajaran kepada diri DJ ialah tentang kehebatan anak-anak didik Pendidikan Khas yang menunjukkan bakat dalam diri masing-masing, mereka juga mempunyai bakat sama dengan kita yang sempurna.Dalam majlis tersebut terdapat beberapa buah sekolah berhampiran mengadakan persembahan,,,menarik sungguh persembahan yang mereka adakan sehingga ada dikalangan tetamu yang hadir dalam majlis tersebut menitiskan air mata,,,,begitu juga dengan DJ terharu sungguh rasanya kerana seorang murid yang cacat penglihatan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan nyanyian sola, nyanyian lagu-lagu nasyid oleh pelajar sekolah menengah (Masalah Pembelajaran) dan tarian oleh kanak-kanak cacat pendengaran. Hebat sungguh mereka, walaupun serba kekurangan tetapi mampu melakukan yang terbaik seperti mereka yang normal,,,,besarnya kekuasaan yang Maha Esa memberi kesedaran kepada kita semua,,,,semoga mereka yang berada di majlis tersebut sedar dan insaf tentang kebolehan anak-anak istimewa ini,,,,,,agar tidak memandang sebelah mata,,,,,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...