Followers

Sunday, November 21, 2010

KEMBALI BERTUGAS.....

Salam bertamu buat semua tetamu. Terima kasih atas sokongan dan kunjungan anda semua,,,,agak lama jugak DJ tidak bertamu disini kerana desakan masa dan sibuk dengan kunjung mengunjungi jemputan kenduri,,,kenduri kesyukuran, majlis bertunang, majlis perkahwinan, majlis doa selamat dan bermacam-macam lagi sempena cuti sekolah yang bermula pada hari ini,,,,pabila bermulanya cuti sekolah maka dengan kata lain bermulalah Dj dengan operasi jahit menjahit DJ yang tertangguh sebelum ini,,,,walau apa dan bagaimana sekalipun DJ sepatutnya menyiapkan bahan-bahan tempahan rakan sekolah DJ dan kenalan sebelum bermulanya tahun 2011...selama beberapa hari cuti ini DJ dapat menyiapkan 4 bag serbaguna,,,,harapan DJ agar dapat menyiapkan semua tempahan sebelum pertengahan Disember 2010 kerana selepas tarikh berkenaan DJ akan sibuk pula untuk menjahit pakaian sekolah anak,,,,insyallah,,,,semoga selepas ini DJ dapat menyiapkan sebagaimana yang di jadualkan,,,,,,,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...