Followers

Wednesday, July 14, 2010

BILA DJ SIBUK DENGAN PERKHEMAHAN


Salam penuh keceriaan buat semua tetamu. Moga kalian gembira dan sihat hendaknya. Kali ini DJ bukan nak berkongsi tentang hasil jahitan atau sulaman tapi tentang sibuknya DJ buat masa le ni dengan perkhemahan di sekolah tempat DJ mengajar. Untuk makluman semua bermula hari Isnin hingga Ahad ini DJ memberi cuti kepada semua mesin jahit DJ kerana DJ terlalu sibuk menguruskan perkhemahan murid-murid DJ di sekolah. Dah dua hari berturut-turut sampai rumah jam 7.00 petang kerana sibuk melatih murid memasak untuk acara pertandingan memasak semasa perkhemahan nanti iaitu hari Khamis hingga Sabtu ni. Biasalah murid sekolah rendah walaupun sekadar masak nasi putih dan ikan sardin, cikgu tetap kena bimbing, bimbing dan bimbing,,,mana boleh lepas tangan suruh mereka buat sendiri,,,tak mungkin menjadi kalau tanpa bimbingan ....agak mencabar jugak kali nie kerana mereka memasak dengan menggunakan dapur kayu,,,,huh nak hidupkan api bukan main susah lagi sampai keluar air mata kepedihan,,,,kesian pulak tengok mereka ,,,tapi gembira kerana mereka semua bersemangat dan bersungguh-sungguh,,, moga-moga mereka semua gembira dan mendapat pengajaran dan pelajaran daripada apa yang ditunjuk ajarkan kepada mereka,,,maaflah gambarpun tak sempat nak upload,,,,nanti bila selesai perkhemahan DJ akan uploadkan sebagai tanda ingatan sepanjang masa,,,,,selamat berkhemah wahai murid-muridku,,,,,,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...