Followers

Monday, December 12, 2011

COVER BUKU RNGKASAN MENGAJAR GURU

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kesempatan yang ada pada hari ini DJ ingin berkongsi beberapa cover buku ringkasan mengajar yang telah disiapkan untuk tempahan dari rakan2 guru....semoga cikgu2 semua berpuas hati dengan hasil kerjatangan DJ dan bertambah semangat untuk memulakan persekolahan tahun 2012....
terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada DJ selama ini....



Bahagian hadapan sebelah dalam

Muka hadapan



Tempahan sedondong.....

Saturday, December 3, 2011

TEMPAHAN BAG

Assalamualaikum dan salam sejahtera....hari ini tidak berkesempatan bercerita panjang,,,,,sekadar untuk berkongsi hasil kerja tangan yang dapat disiapkan beberapa hari yang lalu....terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong hasil kerja tangan saya dan bersyukur padaNYA kerana sentiasa memberi rezeki yang tidak disangka-sangka....syukur padaMU YA ALLah....amin....

Sedondong....tempahan Ustazah Sekina.....Dungun Terengganu

Tempahan dari Pn. Norhazilawati....Kota Bharu Kelantan

Tempahan dari Cikgu Linda SK. Kg Laut....terima kasih dan semoga berpuas hati


Pandangan bahagian dalam bag...3 poket (zip, terbuka dan getah)

Wednesday, November 30, 2011

ALAS MEJA MAKAN DAN PELAPIK SERBAGUNA

Alhamdulillah akhirnya siap dalam beberapa jam alas meja makan dan beberapa keping pelapik serbaguna untuk kegunaan dapur.....sempena cuti semester nie DJ akan gunakan sehabis baik masa untuk menjahit tempahan dari rakan atau kegunaan sendiri jika diizinkan kesihatan yang baik, insyallah.....
Sebenarnya kain yang berpetak itu DJ beli dah lama lebih kurang 3 tahun lepas dan tak tahu nak buat apa sekadar berada di dalam plastik.....hari ini keluarlah dia dari tempurung dan telah dijahit untuk kegunaan dapur....jom tengok.....



Alas meja makan dan langsir sedondon.....



Tuesday, November 29, 2011

BAG

Assalamualaikum dan salam sejahtera....terima kasih kepada mereka yang masih sudi berkunjung ke teratak DJ dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong hasil kerja tangan DJ dan yang paling utama bersyukur pada yang maha ESA kerana sentiasa melimpahkan rezeki dan memberi idea dalam dunia jahitan dan sulaman. Pada kesempatan yang ada kali ini DJ ingin kongsi beberapa bag yang telah ditempah oleh rakan FB. Terima kasih diucapkan dan semoga tuan empunya berpuas hati dengan hasil kerja DJ.....



Tempahan dari Cikgu Masliza....tkasih


Tempahan dari Ustzh Sekina Dungun....Tkasih

Thursday, November 24, 2011

SULAMAN BUNGA ROS

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kembali bersua menyulam dan menjahit sempena cuti sekolah merangkap cuti semester.....tidak ada cerita panjang, sekadar ingin berkongsi sulaman dan jahitan yang telah disiapkan.....


Saturday, October 22, 2011

BERSUA KEMBALI....

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia....lamanya tidak bersua...rindu rasanya untuk menulis, menyulam, menjahit dan....... namun kesuntukan masa membataskan DJ untuk mencoretkan sesuatu disini......tugasan demi tugasan telah selesai dan selamat dihantar ke pensyarah dan Semester 1 akan ditinggalkan beberapa minggu lagi insyallah...namun sekarang musim ulangkaji .....peperiksaan akhir semester akan dihadapi beberapa minggu dari sekarang....harapan dan doa moga diri ini dapat menjawab dengan baik dan menepati jawapan yang dikehendaki....insyallah.....

Friday, June 17, 2011

TANGGUHKAN AKTIVITI JAHITAN DAN SULAMAN????

Salam sejahtera kepada semua.....tajuk yang sememangnya amat sukar untuk dilaksanakan oleh DJ,,,,namun ianya tetap menjadi realiti dan semestinya harus ditaati........rasanya mesti ada yang tertanya-tanya kenapa keputusan ini dibuat.......bukan atas sebab kemalasan atau ketandusan tenaga........namun buat sementara waktu ini DJ akan bercuti daripada melakukan aktiviti jahitan dan sulaman kerana ingin memberi fokus kepada pengajian DJ yang dipanggil atau digelar mahasitua...........moga-moga dan harapan agar pengajian ini akan berakhir dengan sempurna dan mendapat kecemerlangan seperti yang diharapkan insyallah...............walaubagaimanapun operasi jahit menjahit DJ akan tetap beroperasi apabila cuti penghujung tahun,,,,insyallah.............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...