Followers

Tuesday, March 29, 2011

HAND BAG LAGI..........

Salam sejahtera dan terima kasih kepada para sahabat serta mereka yang tidak segan2 bertamu di teratak DJ ini...lama jugak DJ tidak bercoleteh disini,,,,bukan kerana malas tetapi kesuntukan masa yang teramat sangat.....ruang masa yang ada kali ini tanpa cerita panjang DJ ingin berkongsi Handbag yang DJ baru siapkan minggu lepas,,,,telah pun digunapakai bawa ke tempat kerja...bag yang DJ hasilkan kali ini mempunyai 6 poket diluar bag dan 2 poket didalam, 1 poket berzip dan 1 poket terbuka.....badan bag dijahit kuilting sepenuhnya(telah diubahsuai daripada design asal....mengikut kehendak dan kesesuaian untuk jangka masa panjang)....bag yang DJ hasilkan kali ini sedondong dengan dompetnya....apa2 pun layan je gambar nie......


Handbag bersama dompet....muat untuk dimasukkan didalamnya


Pandangan dalam bag...


Pandangan hadapan bag...3 poket diluar


Pandangan sisi bag......

Tuesday, March 22, 2011

SULAMAN BAJU

Salam sejahtera dan terima kasih buat para sahabat yang sudi bertamu di teratak DJ ini....terima kasih juga DJ ucapkan kepada sahabat atau rakan yang sudi memberi maklum balas untuk kebaikan bersama dari semasa ke semasa. Lama jugak rasanya teratak DJ ini tidak dihidangkan dengan cerita-cerita tentang dunia jahitan dan sulaman. Pada kesempatan yang ada kali ini DJ ingin berkongsi beberapa hasil sulaman yang telah DJ siapkan baru-baru ini dan telah selamat berada ditangan tuan empunya...


Sulaman di kedua-dua lengan dan bawah hadapan baju RM 28.00


Sulaman tudung DJ buatkan khas untuk dihadiahkan kepada seseorang.....so harganya......???


Sulaman hadapan baju sahaja dari bawah hingga paras dada....harganya RM 40.00

Sunday, March 13, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

Salam sejahtera semua.......masa yang ada hari nie DJ ingin berkongsi satu lagi sulaman tuala untuk pengantin baru.......kepada sesiapa yang berminat boleh lawati Facebook DJ........norhanisah1997@gmail.com.........terima kasih





Saturday, March 12, 2011

COVER BUKU



Sekadar ingin berkongsi salah satu lagi hasil kraf yang sempat DJ siapkan minggu ini.......cover buku rancangan mengajar ini telah ditempah oleh Cg. Che Tun dari Pulau Pinang....terima kasih atas tempahan....semoga Cg. Che Tun berpuas hati dengan hasil kerja tangan DJ.......

MINI SEJADAH

Salam sejahtera buat semua para tamu yang dirahmati.......lamanya DJ tidak bersua.....bukan niat mengundurkan diri cuma masa agak terbatas sibuk dengan kerja2 yang sentiasa tidak berkesudahan.......so masa yang ada hari ni dengan masa yang suntuk nie... DJ ingin berkongsi hasil kraf yang baru disiapkan untuk tempahan dari Pn. Hjh. Sara.....semoga beliau berpuashati dengan hasil yang telah DJ siapkan ini....apa2 pun terima kasih diucapkan atas tempahan yang diterima........jom tengok gambar>>>>>>




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...